Page 4 - HA KOKo 2019
P. 4

SEKAPUR SIRIH


                                                                                                   PENGETUA


                                                      Bismillahirrahmanirahim.
                                                      Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

                                                      Alhamdulillah segala puji bagi Allah Yang Maha Esa, selawat dan salam ke
                                                      atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat.

                                                         Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya saya berpeluang
                                                      mengabadikan  kata  alu-aluan  di  dalam  buku  program  Hari  Anugerah
                                                      Kecemerlangan  Kokurikulum  dan  Hari  Keusahawanan  Sekolah  Menengah
                                                      Kebangsaan Padang Serai pada tarikh 25hb Julai 2019. Syabas dan tahni-
                                                      ah kepada semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan majlis pada hari
                                                      ini.

                                                         Syabas dan tahniah kepada para pelajar yang diraikan pada hari ini.
                                                      Segala  usaha,  kegigihan  dan  kesabaran  dalam  menggapai  kejayaan
                                                      ternyata telah membuahkan hasil. Saya percaya majlis yang diadakan pa-
                                                      da  hari  ini  merupakan  titik  permulaan  bagi  kita  untuk  menuju  ke  arah
                                                      kecemerlangan ke peringkat lebih tinggi lagi.

                                                         Tahniah juga kepada semua ibu bapa dan guru-guru atas segala usaha,
                                                      pengorbanan, sokongan serta dorongan yang diberikan kepada anak-anak
                                                      ini  sehingga  berjaya  melakar  sejarah  peribadi  dalam  hidup  mereka.
                                                      Sesungguhnya hubungan erat  pihak sekolah dengan ibu bapa juga dapat
                                                      merealisasikan hasrat sekolah untuk menjadi sebuah institusi yang cemerlang
                                                      dalam  melahirkan  modal  insan  yang  mempunyai  jati  diri  yang  kukuh,
                                                      berkeperibadian  mulia,  berpengetahuan,  berkemahiran  tinggi  serta
                                                      berdaya saing.

                                                      Sekian, terima kasih.


                                                      ABDUL RAHMAN BIN MALIK
                                                      Pengetua
                                                      SMK Padang Serai





                                                                                 4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9