Page 8 - QFacts_August17_Neat
P. 8

Kod                Sinopsis
                                    disiplin;  pengurusan  tingkah  laku  bermasalah  dalam  bilik  darjah;  intervensi  menangani  tingkah  laku  bermasalah  dan
                                    membina pelan pengurusan bilik darjah yang efektif.

                 EDUP3053           Kursus ini memberi fokus kepada amalan teknologi pengajaran. Pelajar akan memperoleh pengetahuan dan kefahaman
                                    tentang pemilihan, penggunaan dan penilaian media pengajaran. Pelajar akan mengapplikasikan kemahiran teknikal dalam
                                    menghasilkan  media  pengajaran  yang  berkualiti  dan  berkesan  serta  mengurus  media  dan  sumber  pengajaran  dan
                                    pembelajaran dengan cekap.

                 TERAS
                 PKLK3063           Kursus ini memberikan fokus pada konsep penting dalam bidang kemahiran hidup, rekreasi dan senggang. Kursus ini juga
                                    merangkumi kemahiran memasak, pengurusan di rumah, urus diri serta pengurusan aktiviti rekreasi dan senggang bagi
                                    individu masalah penglihatan. Penekanan diberikan kepada pengalaman hands-on.

                 PKLK3073           Kursus ini memberi fokus kepada konsep asas dalam bidang orientasi dan mobiliti serta teknik-teknik bergerak, dengan
                                    alatan dan tanpa alatan. Latihan amali untuk mempraktikkan teknik dan kemahiran latihan di dalam dan luar bangunan.
                                    Aspek perancangan dan pelaksanaan latihan orientasi dan mobiliti juga diberikan.

                 ELEKTIF TERAS
                 BMMB3063           Kursus  ini  berfokuskan  teori  huraian  bahasa,  teori  pemerolehan  bahasa,  pengaplikasian    strategi  pengajaran  dan
                                    pembelajaran bahasa, pengaplikasian kaedah pengajaran dan pembelajaran,  pengaplikasian  pelbagai  teknik  pengajaran
                                    dan    pembelajaran    bahasa,  pengaplikasian  pengisian  kurikulum,  pendidikan  keselamatan  jalan  raya  (PJKR)  dalam
                                    pengajaran  dan  pembelajaran  Bahasa  Melayu,  pengaplikasian  strategi  rancangan mingguan  pendekatan  m odular
                                    bertema,    rancangan    pengajaran    harian    berdasarkan  pendekatan  modular  bertema  dan  pengaplikasian  strategi
                                    pengajaran dan pembelajaran dalam simulasi pengajaran modular bertema.

                 BMMB3073           Kursus  ini  menghuraikan  pengajaran  kemahiran  mendengar  dan  bertutur  berdasarkan  DSKP  Bahasa  Melayu  Sekolah
                                    Rendah, pengaplikasian kaedah dan teknik pengajaran   kemahiran mendengar  dan  bertutur,  penghasilan  bahan  bantu
                                    belajar  bersumberkan  TMK    bagi kemahiran mendengar  dan  bertutur,  penulisan rancangan  pengajaran  harian
                                    kemahiran mendengar,  penulisan rancangan  pengajaran  harian  kemahiran  bertutur,  pengajaran kemahiran membaca
                                    berdasarkan DSKP Bahasa Melayu Sekolah Rendah, pengaplikasian kaedah  dan  teknik  pengajaran  kemahiran  membaca,
                                    penghasilan  bahan  bantu  belajar bersumberkan TMK  bagi kemahiran membaca, penulisan rancangan pengajaran harian
                                    bagi kemahiran membaca, pengaplikasian strategi pengajaran dan pembelajaran dalam  simulasi pengajaran modular
                                    bertema, pengajaran kemahiran  menulis, pengaplikasian pengajaran kemahiran menulis , kemahiran menulis karangan
                                    dan penulisan rancangan pengajaran harian  kemahiran  menulis.





               PISMP JUN-NOV 2017
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13