Page 4 - BUKU PROGRAM MAKO 2019
P. 4
4
Pengenalan
Sekolah merupakan sebuah tempat untuk
menimba ilmu dan juga menjadi tempat mencungkil
bakat pemimpin negara pada masa akan datang. Bagi
mencapai hasrat tersebut, pelbagai ilmu telah diserap-
kan dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan
(PdPc) di sekolah. Aktiviti berteraskan akademik amat
ditekankan dalam proses pembelajaran. Meskipun
demikian, aktiviti bukan akademik atau kokurikulum juga
penting dalam menyumbang ke arah murid
berketrampilan dan berakhlak mulia dalam menempuh
apa-apa jua cabaran selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Unit Kokurikulum di sekolah memainkan peranan
penting dalam menjayakan hasrat tersebut. Hal ini dapat
dilakukan dengan melaksanakan program bersepadu
yang menggabungjalinkan bidang kurikulum serta
kokurikulum yang terdiri daripada Pasukan Badan
Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan.
Hal yang demikian menepati falsafah, misi dan visi
sekolah serta harapan ibu bapa, guru serta masyarakat
dalam merealisasikan impian murid-murid itu sendiri.
Oleh itu, Majlis Anugerah Kokurikulum SMK TTDI
Jaya telah diadakan bertujuan memberikan semangat
aspirasi dan motivasi kepada semua warga sekolah agar
terus berusaha melakar kejayaan dalam pelbagai
bidang sama ada di peringkat sekolah, zon, daerah,
negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa dengan
bertemakan 1pasukan1semangat.
2