Page 32 - LAPORAN TAHUNAN 2018
P. 32
26 LAPORAN TAHUNAN•2018
PENGENALAN
abatan Penyelarasan, Kawalan Kualiti dan Penyelidikan merupakan jabatan di bawah Bahagian
Pengurusan Latihan yang menyelaras hal-hal berkaitan pengurusan latihan, inovasi serta subjek
Jumum. Jabatan ini ditubuhkan setelah penstukturan semula organisasi institut iaitu gabungan
Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti dan Jabatan Pengajian Umum.
CAWANGAN PENYELARASAN DAN KAWALAN KUALITI
FUNGSI
Fungsi Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti adalah seperti berikut :-
• Merancang dan menyelaras pendaftaran pelajar
• Menyelaras perancangan dan mengawal selia pelaksanaan latihan kemahiran
• Menyelaras pengurusan peperiksaan, pemarkahan dan persijilan pelajar
• Menyelaras pentauliahan program
• Menyelaras pembangunan struktur kurikulum, bahan pembelajaran, bahan penilaian dan
peperiksaan
• Merancang mengurus dan menyelaras program latihan kepada semua kakitangan bahagian
pengurusan latihan untuk menambahkan tahap kemahiran dan pengetahuan bagi meningkatkan
kualiti kerja
• Merancang, mengurus dan menyelaras keperluan pendaftaran pelesenan dan sijil professional
tenaga pengajar
• Merancang, mengurus dan menyelaras dengan Kementerian di dalam hal -hal yang berkaitan
pertandingan kemahiran, inovasi dan robotik
• Merancang, mengurus dan menyelaras pengurusan pendaftaran Hak Cipta MyIPO
• Menyelaras persediaan lawatan audit latihan kemahiran dari panel penilai bagi program yang
terlibat