Page 52 - DRAFT LAPORAN TAHUNAN 2018
P. 52
46 LAPORAN TAHUNAN•2018
Sorotan 2018
PERTANDINGAN
WORLDSKILLS MALAYSIA
BELIA PERINGKAT
IKTBN SEPANG 2018
12-14 Februari 2018 - Pertandingan Worldskills Malaysia Belia peringkat IKTBN Sepang
telah dianjurkan bagi mengenalpasti calon-calon yang berpotensi untuk diketengahkan di
dalam pertandingan Worldskills Malaysia Belia (WSMB) peringkat pra-kelayakan. Sebanyak
6 bidang telah dipertandingkan iaitu CADD-Mechanical, Plastic Die Engineering, CADD-
Engineering, Polymer, Electrical Installation, Hydraulic dan Electronic. Pertandingan ini
turut diadili oleh tenaga pengajar di dalam bidang yang berkaitan dan turut menjemput
pengajar dari IKTBN Dusun Tua selaku ketua hakim. Melalui pertandingan seperti ini,
dapat dilihat bahawa ramai pelajar yang berpotensi untuk digilap menjadi peserta di dalam
pertandingan di peringkat seterusnya.