Page 6 - DRAFT LAPORAN TAHUNAN 2018
P. 6
perutusan
pengarah
Assalamalaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
lhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnianya, Laporan Tahunan 2018 dapat
Adikeluarkan. Dari tahun ke tahun, kita dapat saksikan IKTBN Sepang sentiasa melakar
kejayaan yang membanggakan sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Melalui Pelan Strategik IKTBN Sepang 2017-2019, visi dan misi IKTBN Sepang amat jelas
untuk difahami oleh seluruh warga Institut. Justeru itu seluruh warga institut sentiasa
berganding bahu untuk menjulang nama IKTBN Sepang sekaligus mengangkat martabat TVET
di mata masyarakat.
Tanpa menafikan kelebihan latihan teknikal yang
komprehensif, sistem pembelajaran di IKTBN Sepang
turut menekankan pembangunan modal insan di
kalangan pelajar agar dapat dipersiapkan sebelum
ke pasaran industri. Tahun 2018 juga menyaksikan
penglibatan pelajar dan pengajar di pelbagai
peringkat pengiktirafan sebagai satu manifestasi
kesepaduan antara corak pembelajaran berasaskan
latihan kemahiran yang sistematik dan potensi diri
pelajar sama-sama digilap untuk menghasilkan
pelajar yang berketerampilan sebagaimana
dikehendaki industri.
Institut turut memperkukuh jalinan kolaborasi
bersama industri seperti syarikat GS Paperboard
& Packaging Sdn Bhd, Hyper Advanced Sdn Bhd,
Panasonic Instrument Devices Malaysia (PIDM) Sdn
Bhd, Angkasa Kowaris Sdn Bhd dan agensi-agensi
kerajaan dalam bentuk Memorandum Persefahaman,
program boot-camp, Sistem Latihan Dual Nasional
(SLDN), latihan industri dan sebagainya. Melalui
jalinan sebegini, institut dapat mengambil manfaat
melalui pelbagai aktiviti yang mana matlamat akhir
untuk melahirkan belia berkemahiran yang versatil
dan menjadi rebutan industri.
Kejayaan yang telah diraih pada tahun 2018
merupakan sumbangan berterusan seluruh warga
Institut yang bersandarkan nilai teras yang dipegang
oleh institut iaitu professional, komited dan kerja
sepasukan. Penghargaan yang tidak terhingga
diucapkan kepada semua warga institut tanpa
mengira jawatan atau peranan di atas semua
jasa yang telah dicurahkan. Tanpa sokongan dan
kerjasama dari semua pihak, segala perancangan
yang telah diatur tidak dapat dilaksanakan. Semoga
komitmen ini dapat dipertingkatkan dan diteruskan Pn. Rosnoizam binti Abd Majid
lagi bagi merealisasikan impian Institut di masa akan Pengarah
datang.
Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang
vi