Page 60 - DRAFT LAPORAN TAHUNAN 2018
P. 60
54 LAPORAN TAHUNAN•2018
Sorotan 2018
PROGRAM GERBANG
ILKBS ZON TENGAH
15-16 Oktober 2018 - Program Gerbang Kerjaya ILKBS peringkat Zon Tengah telah
dianjurkan oleh IKTBN Sepang dengan kerjasama Cawangan Kerjasama Strategik,
Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan. Program
yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan, Dato’ Dr. Hajah
Wasitah binti Haji Mohd Yusof ini melibatkan penyertaan semua ILKBS Zon Tengah
iaitu IKTBN Dusun Tua, IKBN Peretak, IKBN Kuala Langat dan Akademi Kemahiran
Belia Golf (AKBG). Antara program yang terlibat seperti Majlis Menandatangani
Memorandum Persefahaman (MoU), Forum Kerjaya, Pertandingan Inovasi,
Pertandingan Futsal, Pertandingan Robot (Youth Robot Challange) dan pelbagai lagi
pengisian disediakan untuk pengunjung.