Page 4 - merdeka2019
P. 4
“Menuntun Si Merdeka”
Si Merdeka itu anak yang lahir
dengan jerih payah
dengan pengorbanan
dengan darah dan air mata
Kemudian membesar dia
sehingga menjadi dewasa
juga bukan tanpa kudrat dan keringat
kerana mengasuh dan membentuknya
menjadi sosok Merdeka yang tulen
bukan kepalang getirnya
Si Merdeka perlu dituntun
melalui liku-liku
dan menghadapi tantangan
dari luar dan dari dalam
Dewasanya Si Merdeka
perlu memamerkan jiwa dan citra
peribadi utuh yang bebas daripada kerancuan
jiwa
peribadi utuh yang bebas daripada minda ter-
tawan
Si Merdeka itu
perlu terus benar-benar merdeka
raga dan jiwanya
Dia bukan harus sekadar
penguasa iktisad
juga bukan sekadar
peraga kuasa sementara
Dia perlu memugar warisan wangsa
agamanya, bahasanya, budayanya
dan segala makna maruah bangsa dan negara
Usah sekali-kali dibiarkan
Si Merdeka terjajah kali keduanya
oleh penjarah luar
mahupun oleh si gunting dalam lipatan
Tuntunlah Si Merdeka
di jalan mardhatillah
Awang Sariyan @
Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa