Page 2 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SK TAPAH 2020
P. 2
BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2020
SEKOLAH KEBANGSAAN TAPAH,JALAN BIDOR LAMA,35000 TAPAH,PERAK
KATA ALUAN GURU BESAR
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT serta selawat dan salam atas junjungan besar Nabi
Muhammad SAW kerana diberi kesempatan kepada saya untuk memberikan sepatah dua kata dalam
Pengurusan dan Takwim bagi tahun 2020 ini.
Buku Pengurusan dan Takwim ini adalah penting dalam kita menjalankan tugas kerana buku ini
menjadi panduan kepada kita. Saya juga berharap kepada semua warga SK Tapah dapat menerima
tugas yang diamanahkan dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab, Jalankanlah segala mesyuarat dan
aktiviti seperti yang dirancang di dalam takwim ini.Segala perancangan yang ada di dalam takwim
ini hanya akan dapat dilaksanakan dengan jayanya sekiranya semua guru dan jawatankuasanya
bekerjasama antara satu sama lain dalam satu pasukan demi meningkatkan kecemerlangan SK
Tapah.
Gurulah penentu masa depan anak bangsa dan maju mundurnya Negara Tercinta ini. Marilah
bersama-sama kita memikul tugas dan tanggungjawab yang sangat berat ini.Semoga Allah SWT
sentiasa memberkati dan merahmati perjuangan suci kita ini.Ingatlah, jatuh bangunnya sesebuah
sekolah ini terletak ditangan kita.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Penolong Kanan dan mereka yang
terlibat dalam menyediakan buku Pengurusan dan Takwim ini bagi tahun 2020.Saya bagi pihak
sekolah memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kekurangan semasa penyediaan takwim ini.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
……………………………………
(BAHERUDIN BIN ABDUL RAHMAN)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Tapah