Page 2 - PENGURUSANSKTAPAH
P. 2

UNIT KURIKULUM                2020








                                              KATA ALUAN GURU BESAR


             Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.



             Alhamdulillah  segala  puji  bagi  Allah  SWT  serta  selawat  dan  salam  atas  junjungan  besar  Nabi
             Muhammad SAW kerana diberi kesempatan kepada saya untuk memberikan sepatah dua kata dalam
             Pengurusan dan Takwim bagi tahun 2020  ini.
             Buku  Pengurusan  dan  Takwim  ini  adalah  penting  dalam  kita  menjalankan  tugas  kerana  buku  ini
             menjadi panduan kepada kita. Saya juga berharap kepada semua warga SK Tapah dapat menerima
             tugas yang diamanahkan dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab, Jalankanlah segala mesyuarat dan
             aktiviti seperti yang dirancang di dalam takwim ini.Segala perancangan yang ada di dalam takwim
             ini  hanya  akan  dapat  dilaksanakan  dengan  jayanya  sekiranya  semua  guru  dan  jawatankuasanya
             bekerjasama  antara  satu  sama  lain  dalam  satu  pasukan  demi  meningkatkan  kecemerlangan  SK
             Tapah.

             Gurulah  penentu  masa  depan  anak  bangsa  dan  maju  mundurnya  Negara  Tercinta  ini.  Marilah
             bersama-sama  kita  memikul  tugas  dan  tanggungjawab  yang  sangat  berat  ini.Semoga  Allah  SWT
             sentiasa  memberkati  dan  merahmati  perjuangan  suci  kita  ini.Ingatlah,  jatuh  bangunnya  sesebuah
             sekolah ini terletak ditangan kita.

             Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Penolong Kanan dan mereka yang
             terlibat  dalam  menyediakan  buku  Pengurusan  dan  Takwim  ini  bagi  tahun  2020.Saya  bagi  pihak
             sekolah memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kekurangan semasa penyediaan takwim ini.


             “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


             Saya yang menjalankan amanah,



             ……………………………………

             (BAHERUDIN BIN ABDUL RAHMAN)
             Guru Besar

             Sekolah Kebangsaan Tapah
   1   2   3   4   5   6   7