Page 1 - Pengenalan Sheikh Ahmad
P. 1
1
SHEIKH AHMAD AL-FATANI
Oleh:
Ustaz Haji Zamri bin Rajab
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
Besut, Terengganu Darul Iman
zamri@ipgmksm.edu.my
Nama beliau adalah Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa al-Fatani (Kitab Tashil).
Berdasar rekod Wan Mohd Shaghir (cucunda SA), nama beliau ialah Wan Ahmad bin
Muhammad Zainal „Abidin bin Datu Panglima Kaya Sheikh Haji Wan Mushthafa bin Wan
Muhammad bin Wan Muhammad Zainal „Abidin (Faqih Wan Musa al-Jambui as-Sanawi al-
Fatani) bin Wan Muhammad Shalih al-Laqihi bin Ali al-Masyhur al-Laqihi.
Sheikh Ahmad dilahirkan pada malam Jumaat, 5 sha‟ban 1272H bersamaan 10 April
1856 di kampong Jambu, Daerah Jerim Patani Darul Salam. Beliau meninggal dunia di
Mekah pada 11 Zulhijjah 1325H bersamaan 14 Januari 1908. Kematian beliau pada umur 52
tahun, ketika sedang menunaikan ibadah haji, akibat penyakit angin ahmar dan jenazah beliau
dikebumikan berdekatan dengan maqam saidatina Khadijah r.a di perkuburan Ma‟la.
Bapa beliau merupakan ulama Fatani yang tersohor, mengajar di Pondok Sena Janjar
dan kemudian mengajar pula di Makkah. Begitu juga datuk beliau iaitu Sheikh Mustafa Bin
Muhammad (m. 1863) merupakan seorang ulama dan hulubalang Sultan Fatani Darus Salam.
Di sebelah bondanya pula, Sheikh Ahmad berketurunan Sheikh Shafiyuddin yang berasal dari
keturunan Sayyidina Abbas Bin Abdul Muttalib, bapa saudara Rasulullah s.a.w.
Sheikh Ahmad telah menghafaz beberapa ilmu agama dan bahasa, pada umur masih
muda (sejak berumur dua tahun). Kelakuannya dikaitkan secara langsung dengan kelakuan
Imam Syafie. Beliau mendapat pendidikan awal dengan ayahandanya sendiri. Kemudian
beliau berguru dengan bapa saudaranya yang berpengaruh dengan gelaran Tok Guru Bendang
Daya, seorang tokoh guru pondok termuka di Fatani pada pertengahan kedua abad 19 Miladi.
Ketika berusia empat tahun, beliau telah dibawa oleh ayahandanya berhijrah ke Mekah
seterusnya melanjutkan pelajaran sehingga ke Masjid al-Aqsa di Palestin, Masjid al-Azhar di
Kaherah antara akhir abad 19 dan awal abad 20.
Di Mekah, antara gurunya yang masyhur adalah Sheikh Ahmad bin Zaini Dahlan (m.d
1304H), Sheikh Hussain al-Habsyi Mufti Mekah (m.d 1330H/1911), Sheikh Muhammad bin
Sulaiman Hasbillah al-Makki (m.d 1335H/1916), Sheikh Abdul Kadir bin Abdul Rahman al-
Fatani (m.d 1315/1897) dan Sheikh Wan Ali Kutan bin Abdul Rahman al-Kelantani (m.d
1 Rujuk artikel saya 2015. Zamri Rajab, Zulazhan Ab. Halim, & Kamarul Shukri Mat Teh. Shahid al-Quran
Dalam Kitab Tashil Nayl Al-Amani Karya Sheikh Ahmad Al-Fatani. QURANICA, International Journal of
Quranic Research, 7(1), pp. 97–120. (http://ejum.fsktm.um.edu.my/article/1543.pdf)