Page 3 - Pengenalan Sheikh Ahmad
P. 3

Bidang-bidang ilmu yang dikuasai oleh Sheikh Ahmad adalah ilmu al-Quran. Beliau
               mentahkik  beberapa  buah  karya  ulama  sezaman  dengannya  seperti  kitab  Turjuman  al-
               Mustafid  karangan  Sheikh  Abdul  Rauf  al-Fansuri  yang  terkenal  dengan  gelaran  Tafsir
               Baidhawi Melayu. Dalam bidang ilmu hadis, beliau didapati menghafal hadis dalam jumlah
                                                          c
               yang banyak, mengarang kitab Bisharat al- Amilin wa Nazarat al-Ghafilin selain mentashih
               beberapa  karya  Sheikh  Daud  al-Fatani  dan  beberapa  ulama  yang  lain  dalam  bidang  ini.
               Bidang-bidang lain yang turut dikuasai beliau seperti Akidah, Feqah, Matematik, ilmu Falak,
               Perubatan dan Sejarah.

                       Selain itu, Sheikh Ahmad turut meninggalkan sumbangan dalam bentuk karya syair
               dan  puisi.  Karya  ini  selalunya  dimuatkan  dalam  kitab  karangan  beliau  sebagai  mewarisi
               amalan  kebiasaan  ulama  tersohor  sebelumnya.  Ada  juga  karya  syair  beliau  dikumpulkan
                                            c
               dalam satu-satu kitab seperti  Unqud al-La’ali dalam ilmu tatabahasa yang mengandungi 98
                                          c
               bait syair dan Manzumat al- Awamil yang mengandungi 64 bait syair.


               Pemikiran Akidah Sheikh Ahmad al-Fatani

               Pemikiran akidah bermaksud orientasi pemikiran yang diasaskan kepada usaha menanamkan
               fahaman  akidah  yang  sahih  dan  jelas  kepada  khalayak  masyarakat.  Perkara  ini  telah
               mendarah daging dalam jiwa Sheikh  Ahmad sehingga memberi kesan  ke atas penghasilan
               karya dalam pelbagai bidang.

                       Sebagai contoh dalam karya tatabahasa Arab, pemikiran akidah Sheikh Ahmad jelas
               terpancar  melalui  penggunnaan  shahid  al-Quran  yang  dipetik  sebagai  dalil  kaedah  ilmu
               berkenaan.  Sebuah  tesis  PhD  “Nilai  Shahid  al-Quran  dalam  kitab  Tashil  Nayl  al-Amani
               karangan Sheikh Ahmad al-Fatani (2018)”, mendapati bahawa sub nilai Akidah Islam telah
               mendominasi  petikan  Shahid  al-Quran  yang  membentuk  nilai  Thaqafah  Islamiyyah
               (pengetahuan Islam) dalam karya berkenaan, iaitu 52% berbanding sub nilai syariat 11% dan
               akhlak  9%.  Fokus  atau  tumpuan  sub  nilai  akidah  pula  paling  banyak  melibatkan  aspek
               kepercayaan kepada Allah kemudian kepada Rasul seterusnya Hari Akhirat dan aspek rukun
               Iman yang lain.

                       Pemikiran  akidah  yang  jelas  dan  konsisten  ini  menjadikan  karya  Sheikh  Ahmad
               mudah  diterima  oleh  masyarakat  bukan  sahaja  di  Nusantara  bahkan  seluruh  dunia  Islam.
               Penerimaan ini boleh dilihat daripada cetakan karya berkenaan di Mesir, Mekah, Indonesia,
               Malaysia terutama di Patani Thailand. Karya Faridat al-Faraid (Akidah) dan Tashil Nayl al-
               Amani  (Tatabahasa  Arab)  pula  boleh  dikatakan  menjadi  sukatan  wajib  di  setiap  pusat
               pengajian pondok yang dijalankan berasaskan pengajian kitab turath sepenuhnya.

                       Dewasa  ini,  pengajian  kitab  Faridat  al-Faraid  bukan  sahaja  ditawarkan  di  pusat
               pengajian pondok, bahkan  ia turut dibuka di  masjid dan surau di  Malaysia,  Indonesia dan
               Selatan Thailand. Sambutan menggalakkan masyarakat awam terhadap pengajian kitab yang
               berusia lebih 125 tahun ini membuktikan pemikiran akidah pengarangnya diolah dengan cara
   1   2   3   4