Page 231 - Nilai Shahid al-Quran
P. 231
“Amatlah buruknya minuman itu dan amatlah buruknya Neraka sebagai tempat
c
bersenang-senang”. SQ ini digunakan pada perbincangan fi l sa‟a yang digunakan
c
sebagai fi l al-dhamm (DU/31/31). Penderitaan yang ditanggung oleh ahli neraka amat
dahsyat sehingga mereka meminta untuk mati sekali lagi. Perkara ini didapati melalui
penelitian maksud SQ120 “Biarlah hendaknya Tuhanmu mematikan kami (kerana
kami tidak tahan menderita)”. SQ ini dibawa pada perbincangan lam al-amr yang
c
membawa makna al-du a‟ (DU/21/23-24). Perkhabaran peristiwa dan pengalaman
yang bakal dilalui seperti di atas semestinya dapat meningkatkan kepercayaan dan
keimanan seseorang kepada hari akhirat seterusnya meningkatkan akidah mereka.
Beriman kepada hari akhirat juga turut membawakan kisah-kisah penyesalan yang
diluahkan oleh mereka yang mendapat balasan azab dan seksaan. Namun, penyesalan
mereka pada masa itu sudah tidak bermanfaat lagi. Perkara ini didapati melalui
ٓ َ ْ ُ َ ۡ َ َ َ َ َ ُ َ َّ َ َ
ٓ
َ
penelitian maksud SQ96 انج ا ٬ٓٙلح٘ ءآٙك ٦ِ٤ انج ٠٫ذ “maka adakah untuk kami
pemberi syafaat supaya mereka memberi syafaat bagi kami atau (bolehkah) kami
dikembalikan (ke dunia) supaya kami dapat beramal”. SQ ini digunakan pada
perbincangan wajib disembunyikan ann selepas fa‟ al-sababiyyah yang hadir selepas
bicara al-istifham (DU/19/1). Begitu juga penyesalan yang diperhatikan melalui
maksud SQ98 “Alangkah baiknya kalau Engkau (Ya Allah) lambatkan kedatangan
ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan
dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh”. SQ ini digunakan pada
perbincangan wajib disembunyikan ann selepas fa‟ al-sababiyyah yang hadir selepas
bicara al-takhsis (DU/19/13). Penelitian ke atas SQ100 juga berkaitan penyesalan
“Wahai kiranya kami dikembalikan ke dunia dan kami tidak akan mendustakan lagi
ayat-ayat keterangan Tuhan kami dan menjadilah kami dari golongan yang beriman”.
213