Page 29 - laporan MAT ke 41
P. 29
KOPERASI UNIKEB BERHAD
LAPORAN / AGENDA
AGENDA
Agenda 1. Melantik Pengerusi Mesyuarat Agung Tahunan.
Agenda 2. Melantik Jawatankuasa yang terdiri daripada enam (6) orang Anggota dan empat (4) orang
Anggota Lembaga untuk menentusahkan deraf Minit Mesyuarat Agung Tahunan.
Agenda 3. Menjalankan proses pengundian tiga (3) orang Anggota Lembaga Koperasi.
Agenda 4. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan UNIKEB ke-40 yang telah diadakan pada 15
Jun 2017.
Agenda 5. Membentangkan Laporan Lembaga Jawatankuasa Audit Dalaman dan Jawatankuasa Panel
Syariah.
Agenda 6. Menimbang dan meluluskan akaun teraudit Koperasi dan subsidiarinya termasuk laporan
Lembaga di bawah perenggan 59 (1) (c) Akta dan Laporan Juruaudit, dan pengagihan untung
bersih terakhir teraudit, tahun berakhir 31 Disember 2017.
Agenda 7. Menimbang dan meluluskan belanjawan Tahunan Koperasi bagi tahun 2018.
Agenda 8. Membentangkan suatu laporan berkenaan dengan penerimaan deposit dan pinjaman
daripada anggota dan bukan anggota.
Agenda 9. Meluluskan elaun yang akan diberikan kepada Anggota Lembaga, dan saraan yang
akan dibayar kepada mana-mana Anggota Lembaga yang dilantik sebagai Pengarah
subsidiarinya.
Agenda 10. Meluluskan perlantikan satu panel yang terdiri tidak kurang daripada dua (2) orang Juruaudit
yang merupakan Juruaudit yang diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia atau
Pegawai Suruhanjaya untuk mengaudit akaun Koperasi.
Agenda 11. Menimbang dan meluluskan ruang lingkup dan had pelaburan yang dibiayai oleh wang lebihan
koperasi mengikut Seksyen 54 Akta.
Agenda 12. Menimbang dan meluluskan surat cara skim pinjaman, deposit atau pinjaman, jika ada.
Agenda 13. Menimbang dan meluluskan had maksimum keterhutangan.
Agenda 14. Mengisytihar atau menerbit syer bonus, jika ada.
Agenda 15. Mendengar, menimbang atau memutuskan apa-apa cadangan atau hal urusan lain Koperasi
yang baginya suatu notis tidak kurang daripada tujuh (7) hari sebelum mesyuarat dipanggil
telah diberikan kepada Koperasi.
Agenda 16. Menimbang dan meluluskan apa-apa cadangan pindaan kepada Undang-undang Kecil
Koperasi.
Agenda 17. Mendengar dan memutuskan apa-apa aduan, yang dikemukakan oleh mana-mana anggota
yang terkilan dengan keputusan Lembaga, yang baginya suatu notis yang tidak kurang
daripada tujuh (7) hari sebelum mesyuarat dipanggil telah diberikan kepada Koperasi.
Agenda 18. Menimbang dan meluluskan apa-apa laporan yang dikehendaki supaya dikemukakan
mengikut Peraturan, jika ada.
Agenda 19. Pemakluman keputusan pemilihan ALK.
Agenda 20. Pemakluman dan persetujuan dua (2) orang calon ALK lantikan UKM.
28
LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE - 41