Page 13 - Takwim 2018
P. 13
PIAGAM PELANGGAN
SMK TUN HAJI ABDUL MALEK
KAMI SELURUH KERABAT SMK TUN
HAJI ABDUL MALEK
DENGAN SEPENUH TEKAD, AZAM, KEINSAFAN
SERTA ILTIZAM, BERIKRAR,BERMUAFAKAT SERTA
DENGAN PENUH KEYAKINAN AKAN BERUSAHA
DENGAN SEDAYA UPAYA UNTUK
PELAJAR
1. Memastikan perjalanan pengajaran memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2. Menyediakan kemudahan pendidikan berteraskan piawaian tertentu selaras dengan perkhidmatan
penyayang.
3. Memastikan tahap pencapaian peperiksaan PT3 tidak kurang daripada 60%, SPM 90% dan STPM
90%, serta akan terus berusaha untuk meningkatkan peratus pencapaian.
4. Memberi bimbingan, latihan, kemudahan dan peluang seluas-luasnya kepada pelajar menceburi
bidang ko-kurikulum.
5. Memastikan pelajar menghayati nilai-nilai murni serta mematuhi peraturan sekolah supaya
terdidik, insaf, bersikap positif dan berdisiplin.
IBU BAPA / PENJAGA
1. Memastikan ibu bapa mendapat maklumat terkini tentang pencapaian akademik anak-anak
mereka.
2. Memastikan ibu bapa mendapat maklumat masalah disiplin semasa anak-anak mereka dengan
kadar segera.
3. Menguruskan borang permohonan pertukaran sekolah yang lengkap dalam masa sehari sebelum
dihantar kepada pihak yang berkenaan.
STAF
1. Mengurus, mentadbir dan menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi,
penyayang, professional, berkualiti, berbudi bahasa, sentiasa positif, kreatif dan proaktif.
2 Sentiasa berikhtiar dan berusaha untuk membina citra sekolah yang berkualiti demi
meningkatkan martabat sekolah.
3. Bersedia menerima sebarang cadangan dan teguran membina bagi meningkatkan produktiviti
sekolah.
KOMUNITI
Sentiasa memelihara hubungan yang baik dan mesra dikalangan warga sekolah, ibu bapa,
masyarakat sekeliling, Jabatan, Kementerian, Agensi-agensi kerajaan, dan swasta yang turut
menyumbang untuk keberkesanan sekolah.
STAKEHOLDER
Memberi maklum balas kepada semua surat arahan dari stakeholders selewat-lewatnya 3 hari selepas
surat diterima.