Page 22 - Etika Bermedia Sosial updated_Neat
P. 22
1) Kurangnya pengetahuan dalam penggunaan teknologi
dengan selamat
Kebanyakan rakyat Malaysia khususnya golongan remaja menggunakan teknologi
atas desakan globalisasi atau tidak mahu dilabelkan ketinggalan zaman.
Menurut Hajiman Mat Jusak (2002), faktor utama penyumbang jenayah siber dalam
masyarakat ialah kurangnya pengetahuan dalam penggunaan teknologi dengan
selamat. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan golongan remaja menggunakan
media sosial untuk melakukan aktiviti yang berunsurkan fitnah sehingga
mendatangkan kesan negatif kepada diri mereka dan masyarakat di negara kita.
Sebagai contoh, pada tahun 2008, negara kita dikejutkan dengan satu kontroversi di
mana seorang remaja negara kita yang menuntut di Universiti Malaysia Terengganu
(UMT) telah menghina lagu Negaraku dan memuatkan lagu tersebut ke laman
Facebook sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai (Utusan Online, 2011).
Kembali

