Page 27 - manual pengurusan sekolah 2018
P. 27

MANUAL  PENGURUSAN SEKOLAH 2018


                 23.3    Bertanggungjawab     mengawal     keadaan,kebersihan,    keselamatan,
                        mengurus  perhimpunan,  kantin,tandas  dan  bangunan  sekolah  serta
                        mengambil tindakan sekiranya perlu berbuat demikian.
          24.    GURU TIDAK DAPAT HADIR BERTUGAS
                 24.1   Sila maklum kepada Guru Besar / pihak pentadbir jika tidak dapat hadir  pada
                        hari berkenaan sebelum jam 7.00 pagi.
                 24.2    Sekiranya cuti sakit ,serahkan sijil cuti sakit kepada Guru Besar pada    hari
                        berikutnya.
                 24.3    Andainya  cuti  sakit  lebih  dari  2  hari,sila  dapatkan  pengesahan  daripada
                        doktor kerajaan.
                 24.4    Sijil  cuti  sakit  dari  klinik  kerajaan  atau  swasta  hanya  terhad  kepada
                        hanya 15 hari bagi setiap tahun.
                 24.5   Cuti  sakit  yang  melebihi  90  hari  setahun  samada  berterusan  atau  putus-
                        putus akan dilaporkan ke Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian
                        Pelajaran untuk menentukan pembayaran gaji
          25.    JADUAL KEDATANGAN MURID
                 25.1   Jadual kedatangan murid hendaklah ditulis dan ditanda oleh guru kelas
                        secara teratur dan kemas pada setiap hari sebelum permulaan waktu
                        kedua.Tanggungjawab ini tidak boleh ditugaskan pada murid.Sekiranya
                        guru kelas berkenaan tidak hadir ,maka tanggungjawab tersebut perlu
                        dilaksanakan oleh penyelaras kelas.
                 25.2   Semua butiran dan maklumat murid didalam jadual kedatangan murid
                        perlulah lengkap diisi dengan kemas dan teratur.Penggunaan liquid
                        paper adalah dilarang.
                 25.3    Jadual kedatangan hendaklah ditutup pada setiap hari akhir bulan.
                 25.4    Guru perlu mendapatkan bukti tentang sebab murid tidak hadir ke
                        sekolah seperti surat dari waris atau sijil sakit dari doktor.
                 25.5    Sekiranya seseorang murid didapati tidak hadir melebihi hari yang
                        ditetapkan ,maka guru perlu mengambil tindakan mengikut prosedur
                        yang telah ditetapkan.

                 25.6    Jadual kedatangan murid mestilah diserahkan ke pejabat sebelum
                        permulaan waktu ketiga.
                 25.7    Guru adalah dilarang sama sekali membawa pulang buku jadual
                        kedatangan murid.
          26.    JADUAL WAKTU GURU GANTI
                 26.1    Jadual guru ganti akan dibuat oleh Penolong Kanan / Guru Jadual
                        Waktu apabila seseorang guru tidak dapat hadir atau menjalankan
                        tugas di luar.
                 26.2    Guru ganti hendaklah memastikan mereka mendapat slip butiran
                        gantian yang akan dilakukan dengan menandatangani pada buku rekod
                        jadual waktu guru ganti.
                 26.3    Guru  yang  akan  berkursus  /  mesyuarat  dan  sebagainya,dikehendaki
                        menyediakan kerja/latihan pelajaran bagi kelas yang diajarnya supaya   guru

                                                                                            23
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32