Page 3 - SKPP Laporan Penuh BERCERITA BM SR TAHAP I DAN II PERINGKAT DAERAH KENINGAU 2018
P. 3

LAPORAN PENGELOLAAN Pertandingan Bercerita BM Sekolah Rendah (Tahap I dan II),    2018
                                                                              PERINGKAT DAERAH KENINGAU


                   KATA ALU-ALUAN



                                            GURU BESAR SK PASIR PUTEH KENINGAU



                                            En. Wahanin Ismail

                                            Bismillahirrahmanirrahim,

                                            Assamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera.

                 Alhamdulillah,  bersyukur  saya  ke  hadrat  Allah  S.W.T.  kerana  dengan  izin,  limpah  dan
                  kurniaNya  jua  dapat  saya  menyampaikan  sepatah  dua  kata  bagi  mengisi  ruangan  di  dalam
                 pelaporan pengelolaan Pertandingan Bercerita BM (Tahap I dan II) Sekolah Rendah Peringkat

                 Daerah Keningau bagi sesi 2018 ini.


                 Terlebih  dahulu,  saya  ingin  merakamkan  ucapan  syabas  dan  terima  kasih  kepada  PPD
                  Keningau kerana memberi kepercayaan kepada SK Pasir Puteh Keningau untuk mengelolakan
                 pertandingan  yang  disebut  di  atas  pada  13  Mac  2018  (Selasa)  yang  lepas,  yang  mana
                  pertandingan  tersebut  telah  berjaya  dilaksanakan  dengan  lancar  sehingga  usai  majlis
                 perasmian penutupan.

                 Program  Karnival  Bahasa  Melayu  ini  merupakan  salah  satu  program  Kokurikulum  yang
                 penting dan julung kali ditadbirsama oleh pihak pengelola pada peringkat negeri. Aktiviti yang
                 dipertandingkan  mampu  membantu  mendedahkan  keunikan  Bahasa  Melayu  dari  pelbagai
                 aspek, meningkatkan penghayatan terhadap kehalusan budaya di sebalik kewujudan Bahasa
                 Melayu,  menimbulkan  minat  dalam  kalangan  individu  untuk  menguasai  Bahasa  Melayu,
                 sebagai alternatif untuk mengisi masa lapang pelajar, melahirkan individu yang menghayati
                 dan  mengamalkan  nilai  murni,  sikap  positif,  dan  semangat  patriotik  bertunjangkan  Bahasa
                  Melayu,  selain  membantu  menjana  pemikiran  yang  kreatif  dan  inovatif,  serta  memupuk
                 semangat berkumpulan yang tinggi dalam kalangan murid.

                 Bersesuaian  dengan  cabaran  dan  perkembangan  pendidikan  semasa  serta  harapan  tinggi
                  daripada pihak ibu bapa untuk menghasilkan murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang
                 dari segi akademik dan ko-kurikulum, amatlah wajar program ini dilaksanakan setiap tahun.

                 Dengan  adanya  program  ini,  maka  dapatlah  pihak  sekolah  melahirkan  murid-murid  yang
                 seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.


                  Sehubungan  itu,  karnival  ini  dilaksanakan  berdasarkan  objektif  bidang  kokurikulum  yang
                 sedia  ada.  Pertumbuhan  dan  perkembangan  pontensi  murid  dapat  dikembangkan  dengan
                  kepelbagaian aktiviti yang mencabar dan menarik melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang
                 dengan rapi dan mantap. Oleh itu, usaha yang berterusan ini harus dikekalkan untuk menuju
                 ke arah kecemerlangan pendidikan di Malaysia.

                 Sekian, terima kasih.




                                                                                               Muka Surat | 3
   1   2   3   4   5   6   7   8