Page 4 - 3 try 2 audio
P. 4
4
Sekolah merupakan sebuah tempat untuk men-
imba ilmu dan juga menjadi tempat mencungkil bakat
pemimpin negara pada masa akan datang. Bagi men-
capai hasrat tersebut, pelbagai ilmu telah diserapkan
dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan(PdPc) di
sekolah. Aktiviti berteraskan akademik amat ditekankan
dalam proses pembelajaran. Meskipun demikian, aktiviti
bukan akademik atau kokurikulum juga penting dalam
menyumbang ke arah murid berketrampilan dan be-
rakhlak mulia dalam menempuh apa-apa jua cabaran
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Unit Kokurikulum di sekolah memainkan peranan
penting dalam menjayakan hasrat tersebut. Hal ini dapat
dilakukan dengan melaksanakan program bersepadu
yang menggabungjalinkan bidang kurikulum serta koku-
rikulum yang terdiri daripada Pasukan Badan Beruniform,
Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan. Hal yang
demikian menepati falsafah, misi dan visi sekolah serta
harapan ibu bapa, guru serta masyarakat dalam mereal-
isasikan impian murid-murid itu sendiri.
Oleh itu, Majlis Anugerah Kokurikulum SMK TTDI
Jaya telah diadakan bertujuan memberikan semangat
aspirasi dan motivasi kepada semua warga sekolah agar
terus berusaha melakar kejayaan dalam pelbagai
bidang sama ada di peringkat sekolah, zon, daerah ,
negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa dengan
bertemakan 1pasukan1semangat.
2