Page 4 - TRY 2 AUDIO
P. 4

4








                Sekolah  merupakan  sebuah  tempat  untuk  men-
         imba  ilmu  dan  juga  menjadi  tempat  mencungkil  bakat
         pemimpin  negara  pada  masa  akan  datang.  Bagi  men-
         capai  hasrat  tersebut,  pelbagai  ilmu  telah  diserapkan
         dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan(PdPc) di
         sekolah. Aktiviti  berteraskan akademik amat ditekankan
         dalam  proses  pembelajaran.  Meskipun  demikian,  aktiviti
         bukan  akademik  atau  kokurikulum  juga  penting  dalam
         menyumbang  ke  arah  murid  berketrampilan  dan  be-
         rakhlak  mulia  dalam  menempuh  apa-apa  jua  cabaran
         selaras dengan Falsafah Pendidikan  Kebangsaan.

                Unit Kokurikulum di sekolah memainkan     peranan
         penting dalam menjayakan hasrat tersebut.  Hal ini dapat
         dilakukan  dengan  melaksanakan    program  bersepadu

         yang  menggabungjalinkan  bidang  kurikulum  serta  koku-
         rikulum  yang terdiri daripada Pasukan Badan Beruniform,
         Kelab/Persatuan       dan     Sukan/Permainan.         Hal   yang
         demikian  menepati  falsafah,  misi  dan  visi  sekolah  serta
         harapan ibu bapa, guru serta masyarakat dalam mereal-
         isasikan impian murid-murid itu sendiri.

                Oleh  itu,  Majlis  Anugerah  Kokurikulum  SMK  TTDI
         Jaya  telah  diadakan  bertujuan  memberikan  semangat
         aspirasi dan motivasi kepada semua warga sekolah agar
         terus  berusaha  melakar  kejayaan  dalam  pelbagai
         bidang sama ada di  peringkat sekolah, zon, daerah   ,
         negeri,  kebangsaan  mahupun  antarabangsa  dengan
         bertemakan 1pasukan1semangat.





                                         2
   1   2   3   4   5   6   7   8   9