Page 6 - PowerPoint Presentation
        P. 6
     Latar belakang
                     Tamadun Rom lahir di kawasan Bukit Palatine yang terletak berhampiran dengan Sungai
           Tiber, di Lembah Latium. Lembah ini didiami oleh masyarakat Latin. Semasa pemerintahan
           Romulus pada tahun 753S.M., lembah ini telah berkembang dan menjadi penting. Pada abad
           kedua Masihi, pemerintahan Rom telah mewujudkan majlis perbandaran di setiap bandar. Majlis
           perbandaran tersebut akan menjalankan pentadbiran tanpa diganggu oleh pentadbiran pusat di
           Rom. Kewujudan majlis perbandaran juga telah membawa kepada kemajuan dan keselesaan
           hidup di bandar. Pembinaan bandarnya adalah terancang dengan pelbagai kemudahan seperti
           bekalan air, sistem pemanas, rumah ibadat, teater, sarkas, tempat berdialog(forum), rumah mandi
           dan istana.





