Page 5 - Manual Pengurusan & Takwim 2020
P. 5

KATA ALUAN PENGETUA








        Bismillahirrahmanirrahim.
        Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.



        Segala puji-pujian hanya bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad
        S.A.W kaum kerabat, para sahabat dan para tabi’in seluruhnya.

        Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi petunjuk dan kesempatan kepada pengurusan
        sekolah menyediakan MANUAL PENGURUSAN DAN TAKWIM SMK AYER PUTEH DALAM
        bagi tahun 2020. Diharapkan dengan adanya buku ini ia menjadi panduan kepada semua guru
        dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) meneruskan legasi kecemerlangan sekolah serta
        memenuhi visi dan misi yang telah ditetapkan.

        Seperti yang kita sedia maklum sistem pendidikan negara kini melalui transformasi berdasarkan
        PPPM 2013-2025 dan Naratif Baharu Amalan Pendidikan yang menggariskan fokus dan gerak
        kerja profesional KPPM 2019. Pembelajaran berorientasikan perkembangan murid (pedagogi),
        guru (pembangunan kapasiti) dan kepimpinan pendidikan (pengurusan). Warga pendidik
        perlulah bingkas melaksanakan amanah yang menjurus ke arah melahirkan anak didik yang
        berpengetahuan, berkemahiran dan bersahsiah mulia serta memenuhi keperluan global. Justeru,
        segala kerja buat perlu disulam dengan rasa kasih sayang, hormat-menghormati agar pendidikan
        menjadi satu bidang yang menyeronokkan dan bukan meninggalkan tekanan yang berbekas.

        Seikhlas hati, saya amat berharap agar warga SMK Ayer Puteh Dalam dapat menyempurnakan
        tanggungjawab dengan penuh komitmen dan kompeten secara bahu-membahu berlandaskan
        kata pujangga seikat bak sirih, serumpun bak serai agar prinsip “1 TEAM, 1 DREAM, 1 SPIRIT”
        dan “membetulkan yang biasa, membiasakan yang betul” dapat direalisasikan dalam
        program sekolah “BETULKAN SAF“. Seterusnya, SEDERAP kita menyempurnakan hasrat
        PPD, JPN dan harapan KPM ke arah kemenjadian modal insan berkualiti.

        Akhir kata, marilah kita meningkatkan keazaman dan tekad masing-masing agar kejayaan
        sekolah menjadi milik kita bersama.


        Sekian, salam sayang untuk semua.








        HAJAH RUSMA BINTI HAJI ABU HASSAN, BKM.
        Pengetua
        SMK Ayer Puteh Dalam






                                                   1 TEAM, 1 DREAM, 1 SPIRIT                     Page2
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10