Page 24 - Emajalah 1 Malaysia
P. 24

MASYARAKAT SABAH




                          Masyarakat Kadazan di Sabah juga mempunyai berbagai adat resam budaya yang berkait

                          dengan kematian, kelahiran.
                          Kaum Kadazandusun ini memiliki banyak budaya yang boleh diwarisi contohnya dari segi

                          asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun, bahasa, pakaian

                          tradisional, muzik berunsurkan tradisional, corak kehidupan masyarakatnya, tarian tradisional
                          dan kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya Kadazandusun ialah Perayaan Pesta

                          Kaamatan yang diadakan pada setiap tahun.




                          Dalam aspek asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun
                          menjelaskan tentang kelahiran kaum Kadazandusun dan lagenda kelahiran kaum ini

                          bermula dari "Nunuk Ragang" sehinggalah kepada perkembangan dan penyebaran

                          sukukaum ini ke seluruh pelusuk negeri Sabah yang telah banyak mempengaruhi sosio
                          budaya mereka mengikut tempat yang baru.Contohnya dari aspek bahasa dan corak

                          kehidupan mereka.



                          Pakaian tradisi ini pula berbeza mengikut kawasan dan sosio budaya sukukaum

                          Kadazandusun. Dalam aspek ini, tumpuan diberikan kepada corak pakaian dalam

                          perayaan tertentu. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai pakaian tradisinya
                          sendiri. Dalam kehidupan masyarakat Bajau pula, terdapat empat kategori norma atau nilai

                          iaitu hubungan lelaki dengan perempuan, pertunangan, perkahwinan dan perceraian.                                                                           22
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29