Page 5 - PANDUAN DAN TAKWIM SEKOLAH 2019
P. 5
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2019
SEJARAH SEKOLAH
Pada tahun 1962, kelas khas untuk murid-murid bermasalah pendengaran dimulakan oleh
mendiang En V.S. Param di Sekolah Rendah Dato’Klana Maamor, Seremban, dalam rancangan kelas
percantuman. Guru pertama yang mengajar di kelas tersebut ialah En Lee Kang Hai.
Pada peringkat awal penubuhannya, terdapat 12 orang murid sahaja dan ditempatkan
dalam satu kelas. Pada tahun 1967, kelas ini bertambah kepada dua dengan bertambahnya
bilangan murid dan tenaga pengajar. Seterusnya menjadi empat buah kelas dengan empat orang
tenaga pengajar pada tahun 1977.
Pada tahun 1978, sebuah mini asrama telah dibina dengan kerjasama AJK Minin Asrama
dan Jabatan Kebajikan Mesyarakat setelah mendapat kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri
Sembilan. Dengan adanya Mini Asrama ini bilangan murid telah bertambah dari 36 orang kepada
56 orang dengan tenaga pengajar seramai enam orang. Sehinggalah pada tahun 1985, sebuah
bangunan asrama baru telah dibina yang boleh memuatkan 100 orang murid.
Pada tahun 1987, kelas khas ini tidak lagi menjadi kelas percantuman. Pentadbiran sekolah
ini telah dipisahkan dari Sekolah Rendah Dato’Maamor Seremban dan Puan Rasbiah bt. Mohd
Tahir telah dilantik menjadi Guru Besar pertama bagi Sekolah Pendah Pendidikan Khas Seremban.
Kelas khas bagi murid-murid bermasalah penglihatan telah dibuka pada tahun 1989 dengan
dua orang murid dan seorang tenagan pengajar. Pada tahun 1990, sebuah kelas Pra Sekolah telah
dimulakan dengan enam orang murid. Dengan adanya kelas ini, intervensi awal dapat dijalankan
bagi membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah pendengaran dan masalah penglihatan.
Pada tahun 1991, Sekolah Rendah Pendidikan Khas Seremban telah mendapat sebuah
bangunan yang baru. Bangunan baru empat tingkat ini telah dilengkapi dengan pelbagai
kemudahan seperti bilik darjah, bengkel kemahiran hidup, bilik audiologi, pusat sumber,
perpustakaan, klinik, bilik guru serta pejabat. Sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia
Datulk Amar Dr. Haji Sulaiman Hj. Daud, Menteri Pendidikan ketika itu pada 15 April 1994. Guru
Besar ketika itu ialah Pn Siti Zahrah Binti Hj. Ishak. Beliau telah bersara pada 14 Ogos 2017.
Sekarang, Sekolah Rendah Pendidikan Khas Seremban telah ditukar nama kepada Sekolah
Kebangsaan Pendidikan Khas Seremban. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas
Seremban sekarang adalah En Misrosman Bin Ponio. Kini warga sekolah ini dianggotai oleh :
* 40 orang guru
* 20 orang staf sokongan
* 46 orang murid bermasalah pendengaran
* 8 orang murid bermasalah penglihatan
5