Page 13 - FlipManual2019
P. 13
Manual Pengurusan SMKTHAM 2019 x
SMK TUN HAJI ABDUL MALEK
PIAGAM SEKOLAH
KAMI SELURUH KERABAT SMK TUN HAJI ABDUL MALEK DENGAN SEPENUH TEKAD, AZAM,
KEINSAFAN SERTA ILTIZAM, BERIKRAR, BERMUAFAKAT SERTA DENGAN PENUH KEYAKINAN
AKAN BERUSAHA DENGAN SEDAYA UPAYA UNTUK
PELAJAR
1. Memastikan perjalanan pengajaran memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2. Menyediakan kemudahan pendidikan berteraskan piawaian tertentu selaras dengan perkhidmatan
penyayang.
3. Memastikan tahap pencapaian lulus peperiksaan SPM 90% dan STPM 90%, serta akan terus berusaha
untuk meningkatkan peratus pencapaian.
4. Memberi bimbingan, latihan, kemudahan dan peluang seluas-luasnya kepada pelajar menceburi bidang
ko-kurikulum.
5. Memastikan pelajar menghayati nilai-nilai murni serta mematuhi peraturan sekolah supaya terdidik,
insaf, bersikap positif dan berdisiplin.
IBU BAPA / PENJAGA
1. Memastikan ibu bapa mendapat maklumat terkini tentang pencapaian akademik anak-anak mereka.
2. Memastikan ibu bapa mendapat maklumat masalah disiplin semasa anak-anak mereka dengan kadar
segera.
3. Menguruskan borang permohonan pertukaran sekolah yang lengkap dalam masa sehari sebelum
dihantar kepada pihak yang berkenaan.
STAF
1. Mengurus, mentadbir dan menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, penyayang,
profesional, berkualiti, berbudi bahasa, sentiasa positif, kreatif dan proaktif.
2 Sentiasa berikhtiar dan berusaha untuk membina citra sekolah yang berkualiti demi meningkatkan
martabat sekolah.
3. Bersedia menerima sebarang cadangan dan teguran membina bagi meningkatkan produktiviti sekolah.
KOMUNITI
Sentiasa memelihara hubungan yang baik dan mesra dalam kalangan warga sekolah, ibu bapa, masyarakat
sekeliling, Jabatan, Kementerian, agensi-agensi kerajaan/ swasta yang turut menyumbang kepada
keberkesanan sekolah.
STAKEHOLDER
Memberi maklum balas kepada semua surat arahan dari stakeholders selewat-lewatnya tiga hari selepas
surat diterima.