Page 137 - FlipManual2019
P. 137

D19
               MANUAL PENGURUSAN SMKTHAM 2019



               PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENASIHAT SUKAN 1M1S

                1.  Peka terhadap surat pekeliling dan diedarkan serta memahami dan mengetahui isi kandungannya.
                2.  Memahami dan mematuhi tata cara tindakan sebelum, semasa dan selepas aktiviti sukan dijalankan.
                3.  Memeriksa sebarang peralatan yang akan digunakan sebelum dan selepas aktiviti dijalankan.
                4.  Memastikan peralatan yang digunakan dalam keadaan selamat dan boleh digunapakai.
                5.  Menyimpan dan menyelenggara stok peralatan sukan dengan sempurna dan kemas kini.
                6.  Mengenal pasti pelajar yang tidak sihat dan mempunyai surat pengesahan perubatan, yang perlu
                   dikecualikan daripada menjalani aktiviti sukan. Walaubagaimanapun murid berkenaan adalah digalak
                   melibatkan diri dalam aspek pengelolaan aktiviti yang akan dijalankan.
                7.  Memaklumkan kepada ibu bapa/ penjaga tentang aktiviti yang dijalankan melalui murid.
                8.  Mengedarkan borang kebenaran ibu bapa/ penjaga (jika berkenaan) untuk dilengkapkan dan
                   dikumpulkan semula sebelum aktiviti dijalankan.
                9.  Hadir di tempat aktiviti sekurang-kurangnya 10 minit sebelum aktiviti dimulakan dan mengawasi murid
                   sepanjang masa.
                10. Memastikan kehadiran murid dicatat, direkod dan didokumenkan.
                11. Memastikan aktiviti yang dilakukan mengikut kesesuaian dan kemampuan murid khususnya murid berkeperluan
                   khas.
                12. Membuat penilaian secara pemerhatian, bertulis dan lisan untuk tindakan susulan dan maklum balas.
                13. Memakai kasut dan pakaian yang sesuai (mengikut peraturan) semasa aktiviti sukan dijalankan.

               PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MURID SEMASA KEGIATAN SUKAN 1M1S

                 1.  Sebelum menjalankan aktiviti, murid hendaklah melaporkan tahap kesihatan seperti masalah jantung,
                     asma, lelah dan lain-lain penyakit dari masa ke semasa kepada guru penasihat sukan yang berkenaan.
                 2.  Murid hendaklah memakai pakaian dan kasut yag sesuai sewaktu menjalani aktiviti sukan.
                 3.  Murid hendaklah melaporkan tahap kesihatan sekiranya berlaku ketidakselesaan sewaktu menjalani aktiviti
                     sukan.
                 4.  Murid tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti sukan tanpa pengawasan guru.
                 5.  Murid mesti mengikut arahan guru semasa melakukan aktiviti sukan atau permainan.
                 6.  Murid hendaklah melaporkan segala kerosakan alatan kepada guru yang bertugas.
                 7.  Murid hendaklah melaporkan sebarang kemalangan kepada guru penasihat yang bertugas.




                           “Pemain yang menimbang bola di udara ketika perlawanan, selepas 4 pertahanan
                           lawan berjaya menyusun organisasi pertahanan mereka, itulah yang orang cakap
                           pemain hebat. Bagi saya pemain itu perlu pergi ke sarkas”.

                                                                                    Johan Cruyff








               #STHAMJUARA                                        “SEKOLAH CEMERLANG, KOKURIKULUM GEMILANG”
   132   133   134   135   136   137   138   139   140   141   142