Page 64 - FlipManual2019
P. 64

B6
               MANUAL PENGURUSAN SMKTHAM 2019

               SENARAI TUGAS

               TUGAS PENYELARAS PEPERIKSAAN DALAMAN

                 1.  Menyediakan takwim / jadual waktu ujian dan peperiksaan.
                 2.  Menyediakan jadual Pengawas / Gantian Pengawas.
                 3.  Menyediakan senarai nama guru yang menyediakan soalan dan menanda jawapan setelah dipersetujui
                     oleh Guru Kanan mata pelajaran.
                 4.  Membantu Pengetua :
                      i.  Menentukan tarikh peperiksaan penggal dan ujian bulanan.
                     ii.  Menentukan tarikh penyerahan kertas soalan.
                     iii.  Menentukan penyerahan markah oleh guru-guru yang memeriksa kepada guru-guru kelas.

                 5.  Menentukan penyerahan keputusan peperiksaan dan kad kemajuan ke pejabat untuk ditandatangani.
                 6.  Memastikan semua kertas soalan disimpan dengan selamat.
                 7.  Membahagi kertas-kertas soalan/bahan-bahan lain mengikut jadual kepada guru-guru pengawas setelah
                     dipastikan semuanya mencukupi dan tidak membazir.
                 8.  Bertanggungjawab untuk melancarkan perjalanan peperiksaan.
                 9.  Mendapatkan analisa peperiksaan dan melaporkan kepada Pengetua.
                 10.  Menyediakan keputusan Percubaan PT3/SPM untuk Jabatan Pendidikan mengikut susunan angka giliran.
                 11.  Menyimpan segala rekod termasuk bank soalan.
                 12.  Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.


               TUGAS PENYELARAS PEPERIKSAAN AWAM

                 1.  Menentukan bilangan calon.
                 2.  Menyediakan borang masuk sementara dan memberi taklimat kepada murid-murid tentang pemilihan
                     mata pelajaran.
                 3.  Menyediakan, menyemak dan memastikan borang kemasukan peperiksaan diisi dengan betul.
                 4.  Menentukan penghantaran borang kemasukan ke Pejabat Pendidikan.
                 5.  Menyemak borang komputer untuk kemasukan calon.
                 6.  Menyediakan dan melengkapkan keperluan pusat peperiksaan seperti yang diarahkan oleh Lembaga
                     Peperiksaan.
                 7.  Menentukan borang-borang yang diperlukan oleh Ketua Pengawas dibekalkan.
                 8.  Mengedarkan jadual waktu peperiksaan kepada murid dan memberi taklimat mengenai masa dan mata
                     pelajaran.
                 9.  Mengedar keputusan peperiksaan kepada calon.
                 10.  Menjadi ketua untuk menganalisa keputusan peperiksaan apabila dikeluarkan.
                 11.  Mendapatkan dan menyimpan kertas-kertas peperiksaan.
                 12.  Menjaga stok bahagian peperiksaan.
                 13.  Menyediakan tempat peperiksaan.
                 14.  Menjalankan arahan Pengetua dari semasa ke semasa.










               #STHAMBITARA                                       "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."
   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69