Page 173 - eDinamik
P. 173

Oleh:
                                  Nor Diana binti Abdul Rahman,  Pensyarah Kanan




         Bersempena dengan Week Without Wall (WWW), Fakulti Pengurusan Maklumat telah
         menganjurkan pertandingan Invention Your Idea pada 21 April 2019 di PTDI 1 bermula jam
         9.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Pertandingan yang berkonsepkan kitar semula, kreativiti
         dan inovasi ini telah menerima sambutan yang sangat menggalakkan dimana ianya telah
         disertai oleh 18 kumpulan dari pelajar diploma dan ijazah Fakulti Pengurusan Maklumat.

         Pertandingan ini memerlukan pelajar menggunakan bahan kitar semula yang berada di
         sekitar kampus untuk dijadikan sebagai produk yang bernilai. Melalui pertandingan ini,
         pelajar dapat meningkatkan potensi pemikiran kreatif di luar kotak dengan menghasilkan
         idea dan produk yang diluar jangkaan. Pertandingan ini telah diadili oleh 2 orang juri yang
         berkelayakan. Pemenang dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kumpulan pelajar diploma
         dan kumpulan pelajar ijazah.


         Semua kumpulan yang bertanding menerima sijil penyertaan. Manakala pemenang setiap
         kategori menerima wang tunai dan sijil penyertaan. Hadiah dan sijil telah disampaikan oleh
         Puan Nor Diana bte Abd. Rahman, selaku Ketua Projek WWW.

         Pertandingan ini secara tidak langsung akan mewujudkan pelajar memiliki imaginasi kreatif
         yang boleh digunakan semasa sesi pembelajaran dan di alam pekerjaan nanti. Ianya juga
         mewujudkan toleransi dan sifat menerima yang terhasil dari persaingan yang sihat.


































   164
   168   169   170   171   172   173   174   175   176   177   178