Page 294 - eDinamik
P. 294
Karista Di Johor
KARISTA atau Karnival Sukan Staf UiTM merupakan
satu acara sukan tahunan yang menyaksikan warga
UiTM dari seluruh Negara akan mengambil bahagian
untuk mewakili kampus masing-masing. Pensyarah
Undang-Undang UiTM Johor juga tidak melepaskan
peluang untuk menyertainya, apatah lagi pada kali ini
Johor merupakan tuan rumah.
Dua orang pensyarah undang-undang,
iaitu Puan Norintan Wahab dan Puan Siti Mariam Atan
telah mewakili UiTM Johor dalam acara catur
Penulis merupakan pemain wanita
berpasukan dan bola tampar. Secara tidak langsung
tunggal dalam acara catur berpasukan.
penyertaan mereka di dalam karnival sukan terbesar
di UiTM itu sedikit sebanyak menunjukkan bahawa
pensyarah undang-undang juga mempunyai
kebolehan dalam bidang sukan!
Dalam acara catur berpasukan Puan
Norintan Wahab dan pasukannya telah berjaya
mengekalkan pingat gangsa yang dimenangi mereka
pada tahun lepas. Manakala Puan Siti Mariam Atan
pula, walaupun tidak berjaya tetapi telah menunjukkan
semangat juang yang tinggi. Tahniah! Kerana UiTM
Johor telah berjaya mendapat tempat ke-5
Penulis sedang merencana strategi
keseluruhan mengikut jumlah pungutan pingat. untuk mengalahkan lawan. Seriusnya
muka!
Disediakan oleh: Norintan Wahab
Team KARISTA Johor bergambar
kenangan bersama Tuan Rektor UiTM
Johor dan maskot Macan Lanang.
285