Page 161 - e-Dinamik
P. 161

Oleh:
                                       Nor Ezan bin Omar, Pensyarah Kanan,





         Apabila seorang pensyarah berkuliah,
         ada masanya ia akan terfikir samada anak
         didik yang berada dihadapannya benar-
         benar    dapat    menerima     apa    yang
         dinyatakannya.    Menyedari     pentingnya
         keseimbangan     antara   mendengar    dan
         melihat sesuatu itu secara praktik, pelajar
         semester dua pengurusan rekod, Fakulti
         Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan
         Johor, Kampus Segamat berpeluang untuk
         melawat    ke  Perpustakaan    Tunku    Tun
         Aminah, UTHM dan Galeri Dato’ Onn yang
         terletak di Batu Pahat, Johor.

         Lawatan yang dilaksanakan pada 22 April        Sepanjang lawatan di Perpustakaan Tunku
         2019 adalah bertujuan untuk mendedahkan        Tun Aminah pelajar terbabit telah dibawa
         pelajar bagaimana sesebuah organisasi          melawat ke setiap bahagian dan diberi
         yang terlibat dengan pengumpulan bahan         penerangan      akan    kerja-kerja   yang
         maklumat       mengurus       bahan-bahan      dilaksanakan    oleh    setiap   bahagian.
         maklumat    tersebut   agar   ianya  dapat     Sementara lawatan di Galeri Dato’ Onn
         digunakan dan dinikmati oleh masyarakat.       pula pelajar bukan sahaja mendapat
                                                        pendedahan bagaimana setiap bahan
                                                        yang dipamerkan diperolehi, bahkan juga
                                                        meliputi proses bagaimana bahan direkod
                                                        dan     dibaik   pulih   sebelum     ianya
                                                        dipamerkan kepada umum.
                                                        Lawatan    sebegini   sebenarnya    adalah
                                                        amat    penting  kerana   ia  dapat   juga
                                                        meningkatkan       motivasi,    komitmen,
                                                        kesedaran,      serta   memupuk       rasa
                                                        tanggungjawab dan kerjasama dikalangan
                                                        pelajar    dan    pembelajaran     mereka.
                                                        Pensyarah        yang       melaksanakan
                                                        tanggungjawab akan sentiasa mencari
                                                        ruang bagi tujuan menambah kefahaman
                                                        anak didik, dan salah satu cara yang
                                                        mudah dengan membawa pelajar terbabit
                                                        melihat sendiri proses kerja yang perlu
                                                        dilaksanakan,   kerana   mendengar     dan
                                                        melaksana secara praktik akan memberi
                                                        pemahaman          dan       meningkatkan
   152                                                  pencapaian.
   156   157   158   159   160   161   162   163   164   165   166