Page 25 - MAJALAH PDF TERKINI LARRY_Neat
P. 25

The





       Program Peningkatan Akademik 2021


            Seperti pada tahun-tahun sebelumnya, Unit Akademik telah merancang beberapa program
    peningkatan akademik bagi membantu para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi
    Persekolahan Malaysia. Program ini dibahagikan kepada tiga program utama mengikut penggal
    peperiksaan iaitu Program Sentuhan Emas [Pelajar Penggal 3], Program Sentuhan Harapan [Pelajar
    Penggal 2] dan Program Sentuhan Kasih [Pelajar Penggal 1]. Medium pelaksanaan yang digunakan bagi
    menjayakan program ini termasuklah kuliah, Tutorial, Bengkel, Google Meet, Zoom, Google Classroom,
    kumpulan Whatsapps dan telegram.
            Antara objektif program ini ialah meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam STPM dan MUET,
    memberi pendedahan kepada pelajar teknik menjawab soalan yang betul dan meningkatkan motivasi
    dan keyakinan diri pelajar.
            Walaupun berdepan banyak cabaran, guru-guru berusaha menjayakan program ini dengan
    Kerjasama pelajar dan juga ibu bapa.





























































                                                                                                         24
 @Hak Cipta Terpelihara Kolej Tingkatan Enam Saratok 2021
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30