Page 5 - MAJALAH PDF TERKINI LARRY_Neat
P. 5

The





















                                                      AssalamualaikumWarahmatullahi
                                                      Wabarakatuh
                                                      Salam Sejahtera, Salam Sayangi Malaysiaku
                                                      dan Salam Menjulang Pendidikan Negeri
                                                      Sarawak.
                                                              Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah
                                                      S.W.T kerana dengan izin dan hidayah-Nya,
                                                      saya diberi kesempatan untuk melakarkan
                                                      sepatah dua kata dalam majalah sekolah
                                                      pada tahun ini. Syabas dan tahniah saya
                                                      ucapkan kepada seluruh warga sekolah,
                                                      khususnya sidang redaksi majalah sekolah
                                                      yang telah berjaya menerbitkan majalah
                                                      sekolah tahun 2021. Segala usaha dan
                                                      sumbangan karya warga sekolah dalam
                                                      penerbitan majalah ini diharapkan akan
                                                      terus meningkatkan kualiti sistem pendidikan
                                                      berfokuskan keberhasilan murid walaupun
                                                      negara kita menghadapi pelbagai cabaran
                                                      akibat pandemik COVID-19.
                                                              Saya yakin dan percaya usaha gigih
                                                      warga sekolah yang menyumbang idea
                                                      dalam penerbitan majalah ini, pastinya
                                                      mencerminkan kemenjadian murid selari
                                                      dengan matlamat Pelan Pembangunan
                                                      Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) ke
                                                      arah sekolah berkualiti dan kemenjadian
                                                      murid secara holistik.

                                                      Dalam situasi menghadapi pandemik ini,
                                                      warga guru seharusnya berusaha sedaya
                                                      upaya mungkin serta mengambil langkah
                                                      proaktif       demi        memastikan           ilmu
                                                      pengetahuan,              pengajaran            dan
                                                      pembelajaran         dan     maklumat        dapat
                                                      disampaikan       dengan      berkesan     kepada
                                                      murid menerusi PdPR ataupun bersemuka.




                                                                                                         4
 @Hak Cipta Terpelihara Kolej Tingkatan Enam Saratok 2021
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10