Page 28 - Laporan Tahunan MAT UNIKEB Ke 41
P. 28

KOPERASI UNIKEB BERHAD
                         LAPORAN / AGENDA





                                                   AGENDA




           Agenda 1.   Melantik Pengerusi Mesyuarat Agung Tahunan.
           Agenda 2.   Melantik Jawatankuasa yang terdiri daripada enam (6) orang Anggota dan empat (4) orang
                       Anggota Lembaga untuk menentusahkan deraf Minit Mesyuarat Agung Tahunan.
           Agenda 3.   Menjalankan proses pengundian tiga (3) orang Anggota Lembaga Koperasi.
           Agenda 4.   Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan UNIKEB ke-40 yang telah diadakan pada 15
                       Jun 2017.
           Agenda 5.   Membentangkan Laporan Lembaga Jawatankuasa Audit Dalaman dan Jawatankuasa Panel
                       Syariah.
           Agenda 6.   Menimbang dan meluluskan akaun teraudit Koperasi dan subsidiarinya termasuk laporan
                       Lembaga di bawah perenggan 59 (1) (c) Akta dan Laporan Juruaudit, dan pengagihan untung
                       bersih terakhir teraudit, tahun berakhir 31 Disember 2017.
           Agenda 7.   Menimbang dan meluluskan belanjawan Tahunan Koperasi bagi tahun 2018.
           Agenda 8.   Membentangkan  suatu  laporan  berkenaan  dengan  penerimaan  deposit  dan  pinjaman
                       daripada anggota dan bukan anggota.
           Agenda 9.   Meluluskan  elaun  yang  akan  diberikan  kepada  Anggota  Lembaga,  dan  saraan  yang
                       akan  dibayar  kepada  mana-mana  Anggota  Lembaga  yang  dilantik  sebagai  Pengarah
                       subsidiarinya.
           Agenda 10. Meluluskan perlantikan satu panel yang terdiri tidak kurang daripada dua (2) orang Juruaudit
                       yang  merupakan  Juruaudit  yang  diluluskan  oleh  Suruhanjaya  Koperasi  Malaysia  atau
                       Pegawai Suruhanjaya untuk mengaudit akaun Koperasi.
           Agenda 11.  Menimbang dan meluluskan ruang lingkup dan had pelaburan yang dibiayai oleh wang lebihan
                       koperasi mengikut Seksyen 54 Akta.
           Agenda 12. Menimbang dan meluluskan surat cara skim pinjaman, deposit atau pinjaman, jika ada.
           Agenda 13. Menimbang dan meluluskan had maksimum keterhutangan.
           Agenda 14. Mengisytihar atau menerbit syer bonus, jika ada.
           Agenda 15. Mendengar, menimbang atau memutuskan apa-apa cadangan atau hal urusan lain Koperasi
                       yang baginya suatu notis tidak kurang daripada tujuh (7) hari sebelum mesyuarat dipanggil
                       telah diberikan kepada Koperasi.
           Agenda 16. Menimbang  dan  meluluskan  apa-apa  cadangan  pindaan  kepada  Undang-undang  Kecil
                       Koperasi.
           Agenda 17. Mendengar dan memutuskan apa-apa aduan, yang dikemukakan oleh mana-mana anggota
                       yang  terkilan  dengan  keputusan  Lembaga,  yang  baginya  suatu  notis  yang  tidak  kurang
                       daripada tujuh (7) hari sebelum mesyuarat dipanggil telah diberikan kepada Koperasi.
           Agenda 18. Menimbang  dan  meluluskan  apa-apa  laporan  yang  dikehendaki  supaya  dikemukakan
                       mengikut Peraturan, jika ada.
           Agenda 19. Pemakluman keputusan pemilihan ALK.
           Agenda 20. Pemakluman dan persetujuan dua (2) orang calon ALK lantikan UKM.









            28
                 LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE - 41
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33