Page 3 - BUKU PENGURUSAN 2019
P. 3
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH l 2019
SEKAPUR SIRIH
Assalamualaikum warahmatullah hiwabaraktuh
Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah subhanahu wataala dengan
limpah dan kurnianya diatas kejayaan-kejayaan ang telah dicapai oleh SekolahKebangsaan
Assunta Convent dalam semua bidang , samaada di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan
juga antarabangsa.
Masa berlalu, halatuju pendidikan perlu berubah dengan perubahan masa . Peranan
pendidikan menjadi sangat penting bagi memastikan kita mampu menyediakan tenaga mahir yang
kreatif dan inovatif agar dapat bersaing diperingkat global. Keberhasilan murid sebegini hanya
boleh dicapai melalui pemupukan dan penbudayaan KBAT. Ini adalah hasrat KPM agar murid
mencapai potensi diri sepenuhnya seperti yang diterjemahkan oleh Falsafah Pendidikan Negara.
Ianya selaras dengan kehendak Negara bagi memastikan bahawa Malaysia tidak tertinggal
dalam persaingan Revolusi Industri 4.0.
Pada tahun ini kita perlu lebih fokus, merancang denga lebih teliti agar kita dapat
memastikan kualiti sekolah dan kemanjadian murid dapat dicapai. Kita perlu merancang dan
berusaha agar kita
Mampu melahirkan murid yang mempunyai ciri-ciri berdarkomunikasi, daya tahan, pemikir, mahir
berkomunikasi, kerja berpasukan, bersifat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, prihatin dan
patriotik. Untuk melahiran murid dengan ciri-ciri tersebut kita sendiri sebagai guru perlu
memastikan kita juga mempunyai ciri-cir berkaitan.
Akhir kata, bersama-samalah kita bertekat, langkah sederap menuju cita, agar segala yang
dirancang mencapai kejayaan demi kegemilangan SKAC
SIFAT KENTAL ASAS KECEMERLANGAN
ASSUNTA THE BEST
Sekian, terima kasih.
Yang Benar,
(PN HAJAH NOR HAYATI BT ABD MALIK)
Guru Besar,
SK Assunta Convent
1

