Page 9 - BUKU PENGURUSAN 2019
P. 9

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH  l 2019


                                          PIAGAM





                 Kami guru dan kakitangan SK Assunta Convent, berjanji akan meningkatkan

                                         Prestasi yang cemerlang dalam UPSR
                                Melahirkan murid yang cemerlang dalam kokurikulum
                Murid yang sopan, tinggi nilai murninya, aktif dan berdaya maju dalam pelajaran.
               Cepat, cekap menguruskan hal pentadbiran selaras dengan kehendak jabatan dan
                                  keperluan ibu bapa yang berurusan dengan sekolah.
                                    Menyediakan keluarga Assunta yang mahir IT.




                                  MATLAMAT





                  Meningkatkan pencapaian 6A murid tahun enam dalam UPSR, di samping itu
               mengurangkan bilangan murid yang mendapat markah dalam gred E dan D kepada C,
                                                          B, dan A.
             Meningkatkan kecemerlangan aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah, daerah, zon,
                                         negeri, kebangsaan, dan antarabangsa.
                 Menjadikan suasana sekolah yang harmoni dan mampu menarik murid seronok
                                                     berada di sekolah.
             Menambahkan sudut-sudut seni taman sekolah agar kawasan sekolah lebih ceria dan
                 menjadi daya penarik serta rangsangan kepada murid-murid untuk terlibat dalam
                                                 sebarang aktiviti sekolah.
                    Mengeratkan pemuafakatan dengan ibu bapa dan masyarakat setempat.
                   Memberi peluang kepada murid-murid mengenali dan memperlajari ilmu IT.
              Murid berpeluang menunjukkan bakat, mengembang minat, dan memupuk semangat
                                                  perpaduan yang kukuh.

               Menjadikan sekolah sebagai sebuah institusi yang disenangi oleh semua golongan
                                                dan masyarakat setempat.





              FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA


          Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha ke arah memperkembangkan potensi individu
           secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
           dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
             kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
              berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
             berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
                       keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.


                                                            7
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14