Page 24 - Pengurusan HEM BRASS 2019
P. 24
Manual Pengurusan HAL EHWAL MURID 2019 S M K B R – cendekia Z etika Z terampil
4. Merancang program keselamatan institusi sekolah seperti:
• Keselamatan lalu lintas.
• Keselamatan bangunan dan perabot.
a. Keselamatan di makmal/ bengkel/ bilik ERT dan bilik khas yang lain.
5. Mewujudkan kerjasama sekolah dengan pihak polis/ polis trafik, bomba, JKR/ JKR Elektrik, TNB.
6. Memastikan skim perlindungan diri/ Takaful kepada murid.
7. Memastikan alat pencegah kebakaran mencukupi dan berfungsi dengan baik.
8. Memastikan sistem lalu lintas di kawasan sekolah dan kawasan berhampiran selamat.
9. Menetapkan pergerakan lalu lintas dan tempat letak kereta pada waktu majlis rasmi sekolah.
10. Menyediakan papan makluman untuk memberitahu pelawat supaya mendapatkan kebenaran pengetua
sebelum berurusan di sekolah.
11. Mencadangkan lantikan pengawal lalu lintas sekolah kepada pengetua.
12. Mendapatkan kerjasama pihak polis untuk mengawal keselamatan lalu lintas (jika perlu).
13. Merancang dan melaksanakan program keselamatan.
14. Mengadakan latihan mengosongkan bangunan (`fire drill‟) sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
15. Memastikan peraturan keselamatan bilik-bilik khas ditampal di kelas dan di dalam buku latihan murid.
16. Meletakkan tanda amaran `BAHAYA‟ dan `AWAS‟ di tempat-tempat yang berbahaya.
17. Merancang pergerakan lalu lintas dan tempat letak kenderaan pada masa majlis rasmi sekolah.
18. Menetapkan laluan tertentu untuk murid bagi mengelakkan kesesakan.
19. Menyelaraskan aktiviti untuk meningkatkan kefahaman warga sekolah mengenai tatacara dalam menghadapi
sebarang isu keselamatan, kecemasan, kemalangan dan malapetaka.
20. Memastikan perhatian diberi terhadap usaha untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap
keselamatan dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti sekolah.
21. Memastikan kewujudan persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan menyeronokkan.
22. Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang berkait dengan keselamatan yang perlu diambil.
23. Memastikan kewujudan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat.
24. Menerbitkan brosur tatacara pelaksanaan polisi Sekolah Selamat yang dibahagikan kepada empat kategori
bidang yang utama:
a. Bidang Sosial
1(a) Tatacara Keselamatan dalam Menangani Masalah Disiplin – Ponteng/ Pergaduhan/ Peras Ugut.
1(b) Tatacara Keselamatan dalam Menangani Gangguan Seksual/Gangguan Emosi dan Rohani.
b. Bidang Aktiviti Murid
2(a) Tatacara Keselamatan semasa Menjalankan Aktiviti Luar/ Aktiviti Kokurikulum.
2(b) Tatacara Keselamatan semasa Pergi dan Balik dari Sekolah.
c. Bidang Fizikal dan Bangunan Sekolah
3(a) Tatacara Keselamatan di Pusat Sumber, Bilik APD, Bilik Pendidikan Seni dan Bilik Khas yang lain /
Keselamatan Pendawaian dan Peralatan Elektrik.
3(b) Tatacara Keselamatan di Makmal Sains / Keselamatan di Persekitaran Kawasan Sekolah.
d. Bidang Bencana Alam
4(a) Tatacara Keselamatan semasa Berlaku Banjir / Keselamatan semasa Berlaku Kebakaran.
4(b) Tatacara Keselamatan semasa Berlaku Wabak Penyakit / Keselamatan semasa Berlaku Keracunan.
`Bekerja Bersama-sama Berjaya’
---------
23