Page 8 - Pengurusan HEM BRASS 2019
P. 8

Manual Pengurusan HAL EHWAL MURID 2019                                                              S  M  K  B  R  –  cendekia Z etika Z terampil



                                   BIDANG TUGAS / SENARAI TUGAS

                                      UNIT HAL EHWAL MURID 2019


               PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
               Tn. Hj. Fatthul Mueim bin Bustaman

               Guru Penolong Kanan HEM bertanggungjawab kepada Pengetua untuk mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan.
               Guru Penolong Kanan HEM bertanggungjawab mempertingkatkan disiplin kebajikan murid  dan penerapan nilai-nilai
               murni.

               BIDANG TUGAS
                   1.  Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa, ketiadaan Pengetua dan Guru Penolong Kanan 1.
                   2.  Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
                   3.  Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam pengurusan dan pentadbiran Hal Ehwal Murid.
                   4.  Membantu Pengetua menyelia dan menilai aktiviti Hal Ehwal Murid.
                   5.  Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

               SENARAI TUGAS
                      DISIPLIN
                      1.  Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang murni.
                      2.  Mempastikan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.
                      3.  Mengambil  tindakan  yang  sesuai  terhadap  kes-kes  murid  yang  melanggar  peraturan  -peraturan
                          tatatertib dan salahlaku.
                      4.  Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan murid.
                      5.  Guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.

                      BIMBINGAN DAN KAUNSELING
                       1.  Merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling.
                       2.  Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling murid dan menyediakan laporan yang
                           diperlukan.
                       3.  Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi murid-murid  baru.

                      KESIHATAN DAN KEBAJIKAN MURID
                       1.  Menggunakan kemudahan rawatan murid.
                       2.  Memastikan program-program kesihatan menguruskan kad 001.
                       3.  Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dengan kantin murid.
                       4.  Menyelaras segala aktiviti kesihatan dan kebersihan murid.
                       5.  Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan rancangan bantuan dan kebajikan murid.
                       6.  Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah sentiasa  dilaksanakan.

                      SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
                       1.  Menyelaras hal-hal pengeluaran, pengambilan, Pengagihan dan hapuskira.
                       2.  Menguruskan kutipan-kutipan data, mengawal buku-buku stok dan mengawal bilik stor.
                       3.  Menyediakan anggaran belanjawan mengurus skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).

                      PENTADBIRAN
                      1.  Mengurus dan mengemaskini Rekod Pendaftar Murid.
                      2.  Menyemak Buku Kedatangan Harian Murid
                      3.  Mengurus kemasukan dan penempatan murid
                      4.  Mengurus pertukaran murid.
                      5.  Mengurus surat akaun, sijil-sijil murid, surat-surat pengesahan dan pengedaran sijil-sijil berhenti sekolah.
                      6.  Menyemak buku / kad Kemajuan Murid dan Jadual Markah
                      7.  Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.

                      TUGAS-TUGAS LAIN
                      1.  Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Pengetua dari masa ke semasa.
                      2.  Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan Pengetua dari masa ke semasa.




                                                               7
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13