Page 21 - Manual Pengurusan HEM BRASS 2019
P. 21
Manual Pengurusan HAL EHWAL MURID 2019 s m k b r – cendekia Z etika Z terampil
Borang B dan panjangkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah
6. Penyelaras hendaklah menyediakan kaedah perhubungan yang cekap di antara pihak mangsa banjir (yang
boleh datang ke sekolah pada bila-bila masa) dan pihak penyelaras. Oleh yang demikian penyelaras perlu
memberi taklimat kepada semua staf termasuk jaga sekolah tentang tindakanserta merta yang perlu
diambilapabila mangsa banjir datang ke sekolah.
7. Menyediakan nombor telefonbeliau dan pembantunya (jika ada) yang boleh dihubungi pada bila-bila masa dan
mengedarkannya kepada semua staf dan jaga sekolah (jika ada).
8. Memaklumkan dan meminta jaga sekolah dan staf yang tinggal di sekolah (jika ada) untuk sentiasa bersedia pada
bila-bila masa membuka pagar sekolah, ruang-ruang penempatan dan kemudahan asas lain serta merta apabila
mangsa banjir tiba di sekolah.
9. Menyedia ruang khas yang selamat untuk memasakbagi mangsa banjir (bukannya menggunakan bilik darjah, di
atas meja dan seumpama dengannya).
10. Keluar masuk orang awam ke kawasan sekolah hendaklah dipantau.
11. Bilik-bilik penyimpanan peralatan dan harta benda sekolah yang berhargahendaklah sentiasa dijaga dan dikunci.
12. Bila bencana -banjir berlaku, maklumat-maklumat berikut hendaklah dikemaskini :-
• Sekolah-sekolah yang ditimpa bencana- banjir atau jalan ke sekolah dilanda bencana atau dinaikiair
hendaklah direkod menggunakan Borang C
13. Sekolah-sekolah yang digunakan sebagai pusat pemindahan bencana -banjirhendaklah direkod menggunakan
Borang D.
14. Maklumat murid-murid yang menghadapi bencana - banjir (mangsa) sama ada di rumah atau di sekolah
hendaklah direkod dengan menggunakan Borang E.
15. Maklumat-maklumat seperti di 3.2 di atas hendaklah dipanjangkan dua kali sehari (8.30 pagi dan 3.30 petang)
seperti berikut :-
• Dari sekolah ke Pejabat Pelajaran Daerah.
• Dari Pejabat Pelajaran Daerah ke Jabatan Pelajaran Pahang dan Jawatankuasa Bencana Daerah
(Pejabat Daerah).
• Dari Jabatan Pelajaran Pahang ke Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jawatankuasa Bencana Negeri.
16. Simpan dokumen dan alat berhargadi tempat yang tinggi dan selamat.
17. Sediakan „loud hailer‟dan lampu suluh kalis airkerana ini amat berguna sewaktu gelap dan dalam keadaan
kecemasan.
18. Pastikan radio („portable radio‟) disediakan dan berfungsi.
19. Sila dapatkan panduan jadual berhubung dengan berlakunya air pasang besar di tempat masing-masing dari
Jabatan Meteorologi Pahang.
20. Ramalan cuaca dan amaran cuacaboleh didapati daripada laman web Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia
di alamat : http//www.kjc.gov.my.
21. Tindakan memindahkan murid dan stafke tempat yang lebih selamat apabila banjir dijangka akan mencapai
paras bahaya atau apabila diarah berpindah oleh Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Banjir Peringkat
Negeri atau Daerah.
22. Dalam keadaan yang mendesak pihak sekolah dikehendaki juga berhubung dan mendapat bantuan daripada
Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing atau Pejabat Bomba, Polis dan Angkatan Tentera yang berdekatan.
23. Dalam apa juga keadaan kecemasan, sila pastikan keselamatan nyawa diberi keutamaan dan didahulukan
berbandingkeselamatan harta benda dan lain-lain.
24. Ikuti maklumat terkini perkembangan semasa mengenai banjirdan amaran-amaran yang berkaitan melalui siaran
radio atau televisyen.
25. Semua peralatan elektrik dan suis utama elektrik di setiap bangunan hendaklah dipadamkan. Jika menggunakan
janakuasa, ianya juga hendaklah dipadamkan.
26. Sekiranya sekolah berkenaan tidak dapat berfungsi langsung akibat banjir, maka pengoperasiannya boleh
dihentikan. Senarai sekolah dan tarikh terlibat hendaklah dimaklumkan kepada Pengarah Pelajaran Pahang dan
rancangan untuk menggantikan hari-hari sekolah yang tidak beroperasi hendaklah dibuat kemudian.
27. Pihak sekolah diminta mengambil gambar keadaan sekolah / bangunan/harta benda semasa banjir (jika
keadaan mengizinkan) untuk tujuan rekod.
28. Kebersihan Am : Pihak sekolah hendaklah memastikan segala kekotoran akibat lumpur dan sampah sarap
dibersihkan segera.
29. Kerosakan Pendawaian Elektrik : Jika bangunan berkenaan ditenggelami air, pastikan pendawaian elektrik diteliti
oleh juruteknik elektrik yang bertauliahsebelum menggunakan elektrik di bangunan tersebut.
30. Kerosakan Harta Benda Kerajaan : Sebarang kerosakan alat, perabot dan bangunan hendaklah direkod dan
dibuat anggaran kos serta sila ambil tindakan berikut:-
31. Jika tidak boleh dibaiki lagi maka tindakan memohon pelupusan hendaklah dilaksanakan. Jika memerlukan
gantiansila buat anggaran kos dan mohon peruntukan daripada Pejabat Pelajaran Daerah. Jika boleh dibaikisila
urus permohonan untuk membaikinya daripada Pejabat Pelajaran Daerah.
32. Kerosakan Buku Teks : Kerosakan ini perlu juga dicatatseperti tajuk buku, bilangan dan sebagainya dan dilaporkan
20