Page 31 - MEMBUDAYAKAN KECEMERLANGAN
P. 31
BIDANG KEBERHASILAN UTAMA (KRA)
Bidang keberhasilan utama adalah sasaran yang diwujudkan
dalam menentukan hala tuju dan pencapaian sesuatu
organisasi. Apabila sesebuah organisasi mewujudkan KRA
maka dengan sendirinya menjadi hasil dari usaha yang
dirancang melalui pelan strategik sesebuah org anisasi. KRA
adalah titik perancangan sesebuah organisasi yang perlu
dicapai melalui pelan strategik. KRA adalah sasaran yang
diwujudkan untuk mengenalpasti pencapaian melalui strategik
yang dirancang oleh sesebuah organisasi. Apabila organisasi
mewujudkan KRA maka ianya dilihat sebagai hasil daripada
perkhidmatan yang dapat mereka tawarkan. KRA dirancang
apabila sesebuah organisasi merancang strategi baru. Sebagai
kesimpulan KRA adalah produk kepada pelan strategik.
Membudayakan Kecemerlangan 30