Page 15 - Buku Panduan ID e-book_Classical
P. 15
Sebab Peribadi Minggu 3 - 7 Minggu 2 Ya Ya
Penarikan Diri Minggu Minggu 1 - 2 Tidak Tidak
Semester Atas 1 - 2
Sebab Program
Pertukaran Minggu Minggu 3 - 7 Ya Tidak
Pelajar 3 - 14
Penarikan Diri Minggu Minggu 1-3 Tidak Tidak
Semester Atas 1 - 7
Sebab
Perubatan Minggu Minggu 4-7 Ya Tidak
8- 14
(3) Walau apapun yang dinyatakan dalam perenggan (b) di atas, Universiti berhak
menetapkan tempoh pendaftaran yang berkenaan.
(4) Pendaftaran untuk mana-mana kursus hendaklah selesai pada minggu kuliah
kedua Semester Biasa dan minggu kuliah pertama Semester Khas.
(5) Pelajar yang tidak mendaftar dalam tempoh yang ditetapkan bagi semester
berkenaan akan direkodkan sebagai Tidak Mendaftar. Sekiranya pelajar tidak
memberi maklum balas sehingga hari Jumaat minggu kuliah ketujuh, status
pelajar akan direkodkan sebagai Luput dan boleh ditamatkan pengajiannya.
(6) Pelajar yang ditamatkan berdasarkan perenggan (e) di atas, boleh membuat
rayuan seperti yang ditetapkan di dalam peraturan 6(3)(a). Pelajar yang
diluluskan rayuannya akan direkodkan sebagai Luput Aktif pada semester
berkenaan dan hendaklah mendaftar pada semester berikutnya.
Kegagalan pelajar menyempurnakan pendaftaran kursus dalam tempoh yang
ditetapkan pada semester berikutnya akan mengakibatkan status pengajiannya
ditamatkan.
(7) Pendaftaran mana-mana kursus tidak dibenarkan sama sekali dalam keadaan
berikut:
(a) pendaftaran selepas minggu kuliah kedua Semester Biasa dan minggu
kuliah pertama Semester Khas.
(b) pendaftaran secara ke belakang.
(c) pendaftaran setelah minggu peperiksaan bermula.
(d) pendaftaran kursus prasyarat secara serentak.
(8) Pendaftaran kursus yang mempunyai prasyarat hanya dibenarkan setelah
pelajar lulus kursus prasyarat yang ditetapkan dengan memperolehi sekurang-
kurangnya gred C.
(9) Pendaftaran untuk kursus Kokurikulum dibenarkan selepas pelajar telah
menjalani sekurang-kurangnya satu Semester Biasa pengajiannya.
(10) Pelajar bertanggungjawab menyemak dan memastikan kod kursus yang
didaftar adalah betul. Selepas tamat tempoh yang ditetapkan, kursus yang
didaftar adalah muktamad dan sebarang pindaan tidak dibenarkan.
(11) Pelajar hendaklah mendaftar kursus berdasarkan struktur program
pengajiannya. Mana-mana kursus yang didaftar selain daripada yang
ditetapkan di dalam struktur program pengajiannya tidak akan diambil kira untuk
tujuan penyempurnaan pengijazahan.
15