Page 3 - Buku Panduan ID e-book_Classical
P. 3

KATA ALUAN
           PENGARAH
           AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
           UNIVERSITI MALAYA







                                 Sayang kumbang mencari makan
                                 Terbang seiring di tepi kali
                                 Selamat datang kami ucapkan
                                 Moga diiring restu Ilahi


           Assalamualaikum dan salam sejahtera.

           Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelajar baharu
           yang telah terpilih sebagai pelajar Akademi Pengajian Melayu (APM) Sesi 2017/2018. Bagi
           pihak APM, kami mengalu-alukan kedatangan saudara-saudari untuk melanjutkan pelajaran
           sama  ada  pada  peringkat  Ijazah  Sarjana  Muda  ataupun  Ijazah  Tinggi.  Kami  berharap
           saudara-saudari  dapat  menggunakan  peluang  yang  telah  diberikan  ini  untuk  mendalami
           bidang ilmu, di samping mempertingkat kecemerlangan akademik yang ada dan sekali gus
           merealisasikan impian masing-masing pada masa hadapan. Buku ini adalah sumber rujukan
           yang membekalkan maklumat dan keterangan lanjut tentang program ijazah pertama serta
           kursus-kursus  yang  terdapat  di  APM.  Sungguhpun  demikian,  sekiranya  saudara-saudari
           mempunyai sebarang kemusykilan tentang program atau kursus yang ditawarkan dan buku
           panduan  ini  tidak  secara  khusus  menjawab  persoalan-persoalan  yang  timbul,  silalah
           berhubung  dengan  staf  pentadbiran  atau  tenaga  akademik  APM.  Staf  pentadbiran  dan
           tenaga akademik akan sedia membantu saudara-saudari.

           Akhir kata, berusahalah dengan gigih supaya tidak menghampakan harapan ibu bapa dan
           saudara-mara.  Kami  mendoakan  semoga  saudara-saudari  berjaya  menempuh  segala
           cabaran  sepanjang  tempoh  menjadi  pelajar  di  APM.  Semoga  saudara-saudari  mendapat
           manfaat yang sepenuhnya selama mengikuti pengajian di APM.

                        “Menuntut ilmu itu taqwa, menyampaikan ilmu itu ibadat,
                       mengulang ilmu itu zikir, mencari ilmu itu jihad ” (Al-Ghazali)



           CEMERLANG BERSAMA UM.





           PROFESOR DR. PUTERI ROSLINA ABDUL WAHID
           Pengarah
           Akademi Pengajian Melayu






                                            3
   1   2   3   4   5   6   7   8