Page 107 - LT IPGKPI 2018
P. 107
Pengenalan
Jabatan Pedagogi Pendidikan Islam (JPPI) ditubuhkan selaras dengan hasrat ke-
rajaan untuk menambahbaik dan memperkukuhkan sistem Pendidikan Islam di
seluruh negara. Ia berfungsi untuk memberi latihan dalam perkhidmatan kepada
guru-guru Pendidikan Islam di Malaysia khususnya guru-guru yang berada di
bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain itu, JPPI di bawah IPGKPI dan
IPGM turut diberikan mandat oleh Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran
(LEPAI) untuk menyedia dan memberikan latihan dan konsultansi kepada guru-
guru KAFA, SAN, SAR , institusi tahfiz dan pondok. Hal ini bagi memenuhi ke-
hendak dini dan ukhrawi .
Objektif
1. Membantu meningkatkan mutu pembelajaran guru-guru Pendidikan Islam.
2. Memberi pendedahan tentang perubahan kurikulum yang berlaku dalam ku-
rikulum Pendidikan Islam.
3. Memberi pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai aspek pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam.
4. Memberi semangat dan ketahanan diri kepada guru-guru Pendidikan Islam.
5. Memberi khidmat kepakaran pengetahuan isi kandungan dan pedagogi kepa-
da ahli-ahli jabatan pengkhususan, jabatan lain dan institusi luar.