Page 165 - LT IPGKPI 2018
P. 165
Pengenalan
Perancangan Tahunan Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak
(JPAKK) 2018 berasaskan kepada Perancangan Strategik IPG KPI
2016-2020 dan sejajar dengan Hala Tuju IPG KPM. Sehubungan itu,
pelan taktikal JPAKK telah dibuat yang merangkumi matlamat-
matlamat strategik: Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelaja-
ran, Kecemerlangan Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi serta
Kecemerlangan Perkhidmatan Pembelajaran Sepanjang Hayat.
JPAKK telah dimandatkan untuk mengendalikan kursus-kusus ma-
jor Pendidikan Awal Kanak-kanak bagi Program Persediaan Ijazah
Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), Program Ijazah Sarjana Mu-
da Perguruan (PISMP) dan Program Diploma Perguruan Malaysia
(KDPM/PDPM KDC).
Selain pengajaran, pensyarah PAKK juga terlibat dengan penye-
liaan praktikum bagi kursus-kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak.
Bagi tahun 2018, praktikum di bawah seliaan JPAKK adalah major
Prasekolah KDPM KEMAS/JPNIN dan PISMP PAKK.
Bagi memantapkan pembangunan profesionalisme pensyarah
JPAKK, dua (2) program telah dirancang dan bagi pelajar pula,
sebanyak enam (6) program/kursus/bengkel telah dirancang se-
bagai aktiviti pengayaan bagi kursus Pendidikan Awal Kanak-
kanak. Pensyarah PAKK juga digalakkan melibatkan diri dengan
aktiviti penulisan akademik, penyelidikan, inovasi, KIK, ILA dan
khidmat sosial.