Page 183 - LT IPGKPI 2018
P. 183
Pengenalan
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan
(JPIPK) merupakan jabatan yang memiliki tanggungjawab yang
tersendiri. JPIPK mempunyai kekuatan empat Unit yang memberi
imej kepada kedudukan JPIPK berbeza dengan jabatan-jabatan
lain di IPGKPI. Unit tersebut ialah Unit Penyelidikan, Unit Penilaian
Program, Unit Penataran dan Penerbitan dan Unit Inovasi. Kepim-
pinan JPIPK yang diterajui oleh Dr Jeyagobi a/l Dhamodarem
mempunyai iltizam untuk meningkatkan kewibawaan JPIPK, ini
terbukti telah mengendalikan pelbagai aktiviti dan program yang
bersesuaian dengan perancangan strategik dan kepelbagaian
kepakaran 8 orang ahli JPIPK.
Selain kolaboratif menjalankan penyelidikan bersama IPGM,
JPIPK juga menjadi ruang untuk para pensyarah menghasilkan
penulisan sama ada dalam bentuk akademik atau penyelidikan.
Hasilnya Jurnal AKademik dan Jurnal Penyelidikan berjaya diter-
bitkan setiap tahun. Sebagai menyahut agar para pelajar dan pen-
syarah sentiasa kreatif dan inovatif, JPIPK juga menganjurkan Per-
tandingan Inovasi dan KIK yang melibatkan seluruh warga IPGK-
PI. Selain itu, para pensyarah juga mengajar kursus GKB1053
Generik Kemahiran Belajar yang menjadi satu-satunya subjek
milik JPIPK untuk pelajar persediaan atau PPISMP.