Page 200 - LT IPGKPI 2018
P. 200
Pengenalan
Jabatan Pembangunan Profesionalisme, IPG Kampus Pendidikan
Islam telah melaksanakan program-program pendidikan untuk
meningkatkan tahap profesionalisme dan kemahiran pensyarah
dalam usaha membentuk modal insan selari dengan peningkatan
pendidikan bertaraf dunia. Terdapat tiga unit di bawah Jabatan
Pembangunan Profesionalisme iaitu Unit Latihan Dalam Perkhid-
matan, Unit Pembangunan Profesionalisme Pensyarah dan Staf
dan Unit Pemerkasaan Sekolah.
Antara program yang dilaksanakan ialah Latihan Pembangunan
Staf (LPS), Wacana Intelektual, Latihan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT), Latihan Program Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS) dan Program Induksi Pensyarah IPG (PIP IPG), Dual Lan-
guage Program (DLP), Program Transformasi Minda (PTM) dan
Transformasi Sekolah.