Page 247 - LT IPGKPI 2018
P. 247
Pengenalan
Tujuan utama Kementerian Pendidikan ialah untuk menghasilkan
guru-guru yang cekap dan berkebolehan dalam semua bidang
pembelajaran, sama ada bidang akademik mahupun bukan akade-
mik. Selaras dengan tujuan ini, aspek kokurikulum telah dijadikan
salah satu unsur penting dalam sistem pendidikan perguruan
di Malaysia.
Justeru, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan un-
tuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh serta
melahirkan guru yang sihat dan berkeupayaan melalui konsep
'Malaysia Cergas', Peluang diberi kepada pelajar dan pensyarah da-
lam aktiviti penyuburan diri serta sebagai persediaan menjadi
seorang guru yang berkesan dalam pengendalian aktiviti kokuriku-
lum di sekolah mahupun di Institut Pendidikan Guru (IPG)
Program Gerakerja Kokurikulum di IPG terdiri daripada 5 bidang uta-
ma iaitu:
a) Sukan/Permainan dan Olahraga
b) Unit Beruniform
c) Persatuan
d) Pengurusan Kokurikulum
e) Bina Insan Guru (BIG)