Page 33 - LT IPGKPI 2018
P. 33
Pengenalan
Jabatan Bahasa Arab (JBA) bertanggungjawab mengendalikan
kursus-kursus pra perkhidmatan dan pembangunan profesiona-
lisma keguruan untuk guru dalam perkhidmatan. Jabatan ini
menawarkan mata pelajaran pengkhususan bahasa Arab serta
pedagogi yang terdiri daripada Kaedah Pengajaran, Tata Bahasa,
Retorika, Kesusasteraan Arab, Fonologi, Morfologi, Kemahiran Ber-
bahasa, Kurikulum Bahasa Arab (SR), Pengurusan Sumber dan
Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer, Kaedah
penyelidikan serta mata pelajaran Tamadun Islam. Pelajar-pelajar
yang terlibat terdiri daripada mereka yang mengikuti mod sepe-
nuh masa (aliran perdana) Program Persediaan Ijazah Sarjana
Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP).
Selain itu, jabatan ini juga terlibat dalam memberi latihan keguru-
an menerusi mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)
bagi Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah (PDPLI) - PPC. Be-
gitu juga mod Kursus Dalam Cuti (KDC) bagi guru Sekolah Agama
Bantuan Kerajaan (SABK), Program Latihan Perguruan Swasta
(PLPS) di bawah tajaan agensi-agensi kerajaan yang lain serta Pro-
gram Pensiswazahan Guru (PPG).