Page 50 - LT IPGKPI 2018
P. 50
Pengenalan
Jabatan Pedagogi Bahasa Arab (JPBA) sebuah jabatan di bawah
Pusat Kecemerlangan Pedagogi Bahasa Arab (PKPBA), Institut
Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPG KPI).
Jabatan ini diwujudkan pada tahun 2018 dan dianggotai seramai
10 orang pensyarah Bahasa Arab dan diterajui oleh En. Md Zuraini
bin Mashrom sebagai Ketua Jabatan. Fungsi utama JPBA adalah
mengurus latihan berkaitan keperluan peningkatan profesional-
isme guru bahasa Arab di sekolah Kementerian Pendidikan Malay-
sia (KPM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Jabatan
Agama Islam Negeri (JAIN) dan swasta.
Selain itu JPBA juga bertanggungjawab menguruskan Kursus
Persediaan Pelajar Ke Timur Tengah (KPPTT/Isti`dadi) kepada pela-
jar lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Tahfiz
Wal-Qira`at dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Kursus Penguku-
han Bahasa Arab (Ta`zizi) kepada pelajar IPG KPI dan kursus asas
kemahiran bahasa Arab kepada pensyarah, staf dan pelajar serta
pelbagai agensi kerajaan, swasta dan masyarakat awam.
Visi JPBA adalah “Peneraju Kecemerlangan Pedagogi Bahasa Ar-
ab” dan misi pula “Melahirkan Guru Bahasa Arab Yang Cemerlang
Dengan Menguasai Kemahiran Berbahasa Arab Dan Pedagogi
Bahasa Arab Melalui Latihan Peningkatan Profesionalisme Berte-
rusan”.