Page 77 - LT IPGKPI 2018
P. 77
Pengenalan
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) merupakan salah satu Jabatan
Pengkhususan yang terdapat di IPGKPI. Pensyarah di JAPIM dan UQS terdiri
daripada 6 orang lelaki dan 14 orang perempuan. Jabatan ini bertanggungja-
wab dalam mengelola latihan untuk pelajar major Pendidikan Islam dan Ba-
hasa Arab untuk program sepenuh masa yang terdiri daripada pelajar Pro-
gram Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) dan Program
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( PISMP), Program Pelajar Cemerlang (PPC)
dan latihan Mod Kursus Dalam Cuti (KDC). Di peringkat IPGM, JAPIM terlibat
memberi sumbangan pembinaan RMK dan JSU bagi program PPISMP,
PISMP dan PDPLI, pembinaan Modul Pendidikan Islam untuk CPD IPGM
serta memberikan latihan untuk guru-guru Pendidikan Islam di seluruh Ma-
laysia. Japim juga terlibat dengan agensi luar serta bekerjasama dengan jab-
atan dan institusi luar dari semasa ke semasa. Mulai tahun 2018, gabungan
bersama antara JAPIM dan HEP, telah mengadakan Kelas Tahfiz untuk pela-
jar PPISMP.