Page 240 - C:\Users\WIN7\Desktop\FlipBook\
P. 240

Pengenalan




             Tujuan  utama  Kementerian  Pendidikan  ialah  untuk  menghasilkan

             guru-guru  yang  cekap  dan  berkebolehan  dalam  semua  bidang

             pembelajaran, sama ada bidang akademik mahupun bukan akade-
             mik.  Selaras dengan tujuan ini,  aspek kokurikulum telah dijadikan

             salah  satu  unsur  penting  dalam  sistem  pendidikan  perguruan

             di Malaysia.


             Justeru, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan un-

             tuk  memperkembangkan  potensi  individu  secara  menyeluruh  serta
             melahirkan  guru  yang  sihat  dan  berkeupayaan  melalui  konsep

             'Malaysia Cergas',  Peluang diberi kepada pelajar dan pensyarah da-

             lam  aktiviti  penyuburan  diri  serta  sebagai  persediaan  menjadi
             seorang guru yang berkesan dalam pengendalian aktiviti kokuriku-

             lum di sekolah mahupun di Institut Pendidikan Guru (IPG)


             Program Gerakerja Kokurikulum di IPG terdiri daripada 5 bidang uta-

             ma iaitu:

                         a)    Sukan/Permainan dan Olahraga
                      b)    Unit Beruniform

                      c)    Persatuan

                      d)   Pengurusan Kokurikulum
                      e)   Bina Insan Guru (BIG)
   235   236   237   238   239   240   241   242   243   244   245